Saturday, July 3, 2010

~ saya SUKA makan SAYUR !!! ~



Teng0k,budak chumeLL tu makan sayur..saya?? Hmm,kalau order f00d kat cafe mesti ada tambahan ' TAK NAK SAYUR '. Kalau tak pun, bila makan,mesti keluarkan sayur ke tepi dulu, Lepas tu,yang jadi tukang habis,sahabat2 saya yang makan sayur la.. :P Umi saya selalu tegur saya supaya makan sayur, kawan2 pun sama. Tapi..saya TAK SUKA MAKAN SAYUR walaupun taugeh.!!
Sejak masuk uia g0mbak ni,dah jarang balik,tak macam kat nilai dulu. So,umi selalu la bekalkan lauk-pauk suruh abg saya hantar..dan lauk -pauk itu including SAYUR!! 'Macam mana ni, takkan nak buang,penat umi masak.. :( . Umi tau saya tak suka sayur,kenapa la bagi juga ' kata saya sendirian. Dengan berat hatinya, tangan saya ni perlahan je ambil sayur suap ke mulut. 0h,tidak! susahnya nak telan sayur ni,telan ubat lagi senang ! Macam mana nak buat ni..??
Tiba2,saya terfikir..apa kata saya kecik2 kan sayur ni, (b0leh tak anda bayangkan,saya kecik2 kan sayur bayam..hee ) Alhamdulillah,walaupun saya tak mampu nak habiskan sayur2 tu,sekurang2nya saya jamah la juga sayur yang umi masak tu. Sejak tu,bila balik rumah saya beritahu umi, lepas ni p0t0ng sayur kecik2. Sekarang,saya dah b0leh makan sayur :) syarat potong KECIK2.Tapi tak la semua jenis sayur saya makan,bergantung pada jenis lauk yang dimasak (demanding sungguh!! huh.. ).
Ha,ada satu masakan fav saya yang saya akan makan sayur dengan banyak, tak kisah la sayur apa pun..T0M YUM !! Masa saya mula2 buat t0m yum sendiri,semua sayur saya potong kecik2, umi senyum je tengok saya sediakan bahan2 tu. Umi cakap 'tak apa,mula2 nak belajar makan sayur.. lepas ni biasa la..yang penting makan sayur' :) Jadi,saya nak berkongsi dengan anda semua esp kepada sesiapa yang sangat2 tak suka makan sayur. Mari cuba buat t0m yum sayur ni. InsyaAllah,anda akan suka makan sayur lepas ni :)

 ~ T0M YUM SAYUR  ~


Bahan2
  •  Perencah t0m yum, saya biasa pakai Knor..kalau Maggi,berminyak sgt. Anda b0leh pilih nak buat t0m yum putih @ merah .
  •  K0bis Bunga..potong kecik2 tau. Ikut suka anda kecik mana yang anda mahu, yang pasti boleh nak telan.. :)
  • Cendawan Tiram Kelabu..nampak tak kat gambar tu, dalam pinggan ada cendawan yang besar kan ?? jadi,kecik2 kan la cendawan tu cam saya buat kat sebelahnya tu.
  • Tomat0..ha,selalunya orang letak tomat0 besar2 cam dalam gambar tu kan ? jadi, p0t0ng la kecik2 cam saya buat tu.
  • Serai dan daun limau purut. Yang ni tak perlu p0t0ng kecik la sebab bukan nak makun pun, buat sedapkan t0m yum je. Serai tu ditumbuk ye.. :)
  • Sedikit  ayam..walaupun nama t0m yum sayur,tapi b0leh je letak sikit ayam..nak letak banyak pun b0leh,tapi nanti takot makan ayam je,sayur tak makan pulak..(macam saya selalu buat dulu..hee )
  • p/s : nak tambah sayur lain pun b0leh,ini yang biasa saya buat. Ingat,pot0ng KECIK2!!
 
MASAK TYME


    • Mula2,masak ayam dulu ye. Tak perlu letak minyak, masuk je terus dalam periuk 
    • Itu rupanya bila ayam tu da masak..jadi warna putih. Bila ayam dah masak masukkan air. (ikut la banyak mana kuah anda nak )
    • Bila air dah mengelegak,masukkan perencah t0m yum ,kecik kan api..(perencah pun bergantung banyak mana t0m yum n pekat mana anda nak )
    • Bila kuah dah menggelegak,masukkan sayur k0bis bunga dahulu, (kalau ada car0t,letak car0t dulu ye) kecikkan api, agak2 la sampai k0bis tu lembut ye.


     
    • Bila k0bis dah lembut masukkan cendawan tiram kelabu.
    • Masukkan sekali t0mato,serai,dan daun limau purut.
    • Gaulkan bahan2 tu,tunngu sampai kuah t0m yum tu menggelegak..tutup api.
    • Sudah siap..T0M YUM SAYUR!!!


    ~ SELAMAT MENCUBA ~









    7 comments:

    عامل الله said...

    salam..
    ana rasa la kn.. tumis dlu sblm ltak ayam tu lebih elok supaya bila ayam tu msuk xde la berbau sgt.. lg 1, ltk ubi pn sdap gak..:)

    ~BeInIsNeIn~ said...

    hehehe.. letak ubi nnti kuah pekat... x semua org suke tomyam kuah pekat cam kari :P

    erm.. selamat memakan sayur~! nnti dah terer jgn potong kecik2 lagi... sbb lagi kecik sayur tu, lagi mudah dia oxidated... aka hilang zat.. =)

    shaiefa said...

    t0 عامل الله : erm,tumis ye ?? berbau macam mane 2? stakat ni shafa buat ok je.xbau pe pun..bau sedap jer.. :)

    t0 BeInIsNeIn :owh,yeke ?? xtau pula..ok2,thanx.. :)

    'Aaliyah said...

    Assalamu'alaikum!
    Kak lg! Ape la.. Nak ummi masakkan jugak..
    Hah. Pasni msuk UIA mkn sayuq na?
    Jgn nak ngada2 dah na :D

    shaiefa said...

    to my dear adik "aaliyah : wslm syg..dik,tu kak l0ng masak tau..uia??still xbleh nak telan sayur2 di uia @tempat len.. sayur kat umah je..huu~~

    inchEkPelukis said...

    lucu lak entri nih.
    :D

    aLiYaH aHmAd said...

    salam ukhuwafillah
    ana pon x minat sayur
    hehehe
    sama la kite