Saturday, December 26, 2009

~ beautiFul w0men ~




~THANKS ALLAH 4 THE GREAT GIFT~
ALHAMDULILLAH.. 

Wednesday, November 18, 2009

~ treaSure huNt di ruMah (^_^)~


                                 Treasure Hunt carI bUku..=)

Sambil berehat-rehat di ruang tamu bersama umi dan ayah tersayang..saya menyatakan hasrat di hati..'
Umi,nak keluar esok..nak jalan2 dengan kawan..boleh ye..'
'Nak keluar ke mana je la kamu ni..' balas umi..
'Keluar dengan kawan..ala umi,xpela..dua bulan cuti duduk rumah bukan keluar pergi mana pun.. boleh ye umi..bagila duit belanja sekali' pintaku sambil tersengih-sengih..
Tiba2 umi beritahu buku yang saya minta umi belikan itu sebenarnya umi dah beli..tapi umi sorok kan dulu di suatu tempat,.Saya berfikir,'eh,umi dah keluar topik ni..hehe .Tapi bila dapat tahu je terus mintak kat umi buku tersebut..
'Mana umi buku tu ?..nak..nak..' pinta saya.
'Ada..carilah sendiri..ha,kalau dapat cari, baru umi bagi keluar esok..' balas umi sambil tergelak.
'Umi ni..malam2 ni la nak main treasure hunt pulak..'
Lepas itu saya pun terus bangun dari sofa untuk memulakan treasure hunt!!!..Layan jela umi ni..hehe.. Geledah sana geledah sini..bukak almari bukak laci..tak jumpa2..panjat atas..tinjau kat bawah..Huh,memang macam treasure hunt la..Ketika itu juga umi ketawa sakan melihat gelagat anaknya yang sorang ni..Mana taknya, mencari sampai ke dapur..kereta umi pun kena geledah.. Saya pun pelik juga,beriya-iya pula mencari..mula2 tadi nak cari biasa2 je..
15 MINUTES!! give up la..
'Umi..tak jumpa la..ala bagitau la kat mane..nak..' pinta saya merayu-rayu..
Umi hanya ketawa dan mengatakan tak boleh..=( Saya berkata dalam hati..'takpela..ala ,nanti umi bagi  juga buku tu..' Tiba2 terlintas pula di fikiran..para sahabat dan ulama2 tersohor terdahulu merantau sana sini..merentasi lautan..padang pasir..hanya ingin mendapatkan secebis ilmu..saya ??, baru cari dalam rumah..dah merungut.dan give up..dahla umi belikan.
Saya pun meneruskan misi yang pada awalnya hanya sekadar main2...saya terus menerus mengeledah rumahku syurgaku itu untuk mendapatkan 'harta yang sangat2 bernilai itu.Saya berfikir juga,memanglah nanti umi akan beri juga buku itu tapi mesti ada sebab kenapa umi buat treasure hunt ni..Kalau saya terus mencari, umi tahulah bahawasanya anaknya ini benar2 menghargai pemberian umi itu dan betul2 nak harta tersebut..lepas ini kalau minta umi belikan lagi,umi tahu anaknya memanfaatkan pemberiannya itu..andaian saya la..
Cari punya cari..lame juga la..AKHIRNYA!!
'Umi!!! I found it!! saya menjerit kegembiraan..
Satu rumah ketawa melihat gelagat saya dan terpancar senyuman ceria di wajah umi tersayang..Walau apapun saya berasa sangat puas hati..Entahla, mungkin pada orang lain,cerita ini biasa2 sahaja..tapi tidak bagi saya..Saya berasa amat gembira sekali!! Macam menang pertandingan treasure hunt pula.hehe..Umiku sayang,thanks a lot for this book..I realy2 apriciated it..LoVe umi!!
Lupa pula..the book title is.." WasIaT LuQmAn Al-HakIm"
Just brief a little bit about this book..written by Ahmad Hasan Bin Mohd Nazam..(http://jailurrashied.blogspot.com/) This book is very interesting..I had go trough a bit this book,a lot of precious knowledge we can get from it..!! It just RM 20.. published by Telaga Biru..Eh,buat promotion pula..hehe. Just wanna to share what i have..buy it and read it..and dont forget to tell others..( barbaloi-baloi)!!! .

Tuesday, November 17, 2009

~ sIApA naK dUdUk ISTANA ???~~




Saya percaya kebanyakan daripada kita mesti pernah@teringin duduk dan tinggal di istana bukan?? Takpun,sekurang2 nya nak duduk rumah banglo besar.. cantik.. ada taman.. kolam.. bestnye..!!!Tapi.. bukan semua orang dapat capai macam apa yang kita impikan..mungkin bagi sesetengah pihak impian itu hanyalah sekadar satu angan2..but believe me..like Air Asia motto.."now everybody can fly"..this is just the same..sesiapa sahaja boleh duduk di istana!! Jika anda mahu..=) tapi..macam mana???

Dari Muadz bin Anas,dari nabi Muhammad s.a.w. bersabda;
Barangsiapa membaca surah al'Ikhlas dari awal hingga akhirnya sebanyak sepuluh kali,niscaya ALLAH akan membangunkan untuknya sebuah istana di Syurga
                                       (hadis riwayat Imam Ahmad)     
Senang je kan..free2 jer dapat duduk istana..satu sen pun tak keluar duit..tak perlu pun nak kahwin ngan kerabat diraja..tak kira yang miskin mahupun yang kaya..semua dapat duduk istana!! Hmm,istana di dunia pun sudah cukup membuat kita kagum..apatah lagi istana di syurga.. Ape2 pun,sekadar ingin berkongsian ilmu..renung2kan dan selamat beramal..(^_^)


Friday, November 6, 2009

~ ReSaH ~


Jangan menunding resah
andai jiwa bersadur mazmumah
Jangan mengimpi ketenangan
andai eggan mengikis kejahilan
Jangan membuai rasa
andai tidak ingin hati terluka
dengan manisnya dunia; penipuan nan nyata.


Selamatlah diri
pimpinlah diri
meniti garis-garis islami
nan terukir rapi jalanan syari'e
menongkah gelojak nafsu
nan membuak ganas


Sulamlah jiwa dengan benang mahmudah
sehingga diri itu keasyikan
dalam dakapan KasihNYA,
yang lembut mulus
agar basah kegersangan ini,
dengan hadirnya makrifat Ilahi


Sucilah wahai hati
moga firasahnya berlandas ketaqwaan.
Moga terluput dosa noda silam,
moga jalan nan ditempuh
tiada bersalut kebatilan.

         Penulis : Qalam Neirsya.,( Antologi Puisi Wilayah Cinta)

       

Thursday, November 5, 2009

~ CamBridGe BenaR Graduan BerPurDah ~




LONDON - Menara gading berprestij di dunia, Universiti Cambridge kelmarin mengumumkan untuk membenarkan para penuntut wanita beragama Islam memakai purdah pada majlis konvokesyen.Keputusan drastik melanggar peraturan sedia ada itu dibuat selepas pegawai-pegawai universiti tersebut mengadu ramai pelajar berpakaian kasual ketika upacara tahunan itu.Mengikut tradisi universiti itu yang ditubuhkan pada tahun 1209 oleh sekumpulan lepasan Univeristi Oxford, graduan dikehendaki memakai sut berwarna gelap dan kemeja putih serta gaun labuh.

Pihak pentadbiran universiti memberi amaran, kod pakaian itu akan diperketatkan dan pelajar ingkar akan ditegah daripada menghadiri majlis konvokesyen itu.Namun, pelajar lelaki Scotland sudah lama menentang peraturan pakaian itu sebaliknya gemar memakai kilt iaitu skirt paras lutut yang menjadi tradisi masyarakat Scotland.Kelonggaran itu mendapat bantahan pelajar asing lain dan akhirnya pihak universiti dijangka membenar pemakaian sari dan kimono, masing-masing untuk penuntut India dan Jepun.

Kelmarin, pentadbiran Cambridge memperluaskan kebenaran itu termasuk purdah yang bukan sahaja ketika konvokesyen, malah semasa menghadiri kelas tutorial dan syarahan umum.Penarikan larangan kod itu disambut baik ahli-ahli Persatuan Pelajar Islam Cambridge yang mempunyai 600 penuntut Islam dan pernah memohon kebenaran pemakaian purdah.

"Pakaian yang bercorak tuntutan keagamaan dan kebudayaan dibenarkan semasa majlis rasmi bahkan kami menghormati perkara itu," kata seorang jurucakap Cambridge . - Agensi
 Sumber,Kosmo,2 NOV 09 .

Monday, October 26, 2009

~..MaSih Ada WaKtu..~




MASA..apakah makna sebenarnya pada kita..?

Jika pepatah inggeris ,'Time is Money',Waktu adalah wang,kalau waktu hilang maka wang pun akan lenyap..Jika pepatah melayu pula,'Waktu itu Emas'..Menunjukkan betapa bernilainya setiap saat itu..Pepatah Arab pula mengatakan,'Waktu itu ibarat Pedang',setiap detik ia sentiasa memotong kesempatan waktu kita..


Tetapi..ini hanyalah kata2 yang mana tidak semua orang akan menitik berat atau menanggap MaSa mahupun WaKTu itu sangat penting...kerana ia hanya sekadar Kata2..atau boleh juga dikategorikan sebagai nasihat..yang kebiasaanya..masuk telinga kiri keluar telinga kanan. .Apepun,masih ramai tidak sedar bahawa kata2 yang dicipta oleh manusia ini sebenarnya.. terdapat dalam kalam suci Al-Quran..Allah berfirman di dalam surah Al-Asr ;

"Demi masa!Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian,kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan menasihati supaya menetapi kesabaran kesabaran"

Indah sungguh surat cinta dari Allah ini bukan..??Allah mengetahui hamba2nya yang sering leka dan alpa..lupa dan lalai..maka, Allah peringatkan kita di dalam surat cintanya..Allah menyuruh kita mengamati detik2 waktu agar kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi.. Sahabat sekalian, Rasullulah s.a.w juga pernah bersabda ;

 "ada dua nikmat yang menyebabkan ramai manusia tertipu di dalamnya iaitu, kesihatan dan kesempatan.."(hadis  riwayat bukhari).


Jadi,apakah kita mengamati setiap jam,minit serta detik2 yang berlalu..?? Adakah kita mahu tergolong dalam golongan2 itu..?? Golongan yang rugi dan juga golongan yang tertipu.. Sudah tentu tidak mahu bukan..? Tetapi,mengapa kita masih berdegil..masih mensia2kan waktu.. Mengapa perlu tunggu petang nanti..kejap lagi..mahupun esok hari..mengapa kita tidak manfaatkan waktu sekarang?! saat ini..?! dan juga detik ini?!!

Ayuhlah rakan2ku, sahabat2ku. juga saudara2ku, manfaatkanlah waktu ini..Aturlah dengan sebaik2nya waktu yang sangat2 terbatas ini..!! Ingat tujuan kita diciptakan di dunia ini.. Janganlah kita berkata.."hari esok masih ada.." Ya! hari esok mmg ada tetapi mungkin ia hari kematian bagi kita..apakah kita mahu mati sia2?? Saat ini, kita masih ada waktu..untuk perbaiki dan perbetulkan segalanya..Gunakanlah sebaiknya2nya..jangan sampai kita mempersiakan waktu yang ada ini. Sebab ia akan berlalu meninggalkan kita tanpa izin dan salam!


p/s : sedang sibuk nak update blog ni, tiba2 terima satu sms..sahabatku yang disayangi, Izaifah binti Jailani telah kembali ke rahmatullah lepas maghrib pd 25hb 10..Al Fatihah untuk beliau.semoga beliau pulang dengan rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.amin..peringatan untuk kita yang masih diberikan nikmat untuk menghirup udara yang segar ini, renung2 dan fikirkanlah..kita masih ada waktu~



Friday, October 23, 2009

~Perjalananku Masih Jauh~


Dari petang semalam try on9 nak check result..tak dapat2..Jiwa resah,hati gelisah..bila bertanyakan pada sahabat2 yang lain,sume dah tau result masing2.. Hakim pula,siap letak lagi kat status ym die (3.55) Tahniah sahabatku!! Pagi td, dengan izin Nya, keluar juga result final examku yang dinanti2.."Syukur padaMU Ya Allah..Engkau telah mengurniakan padaku keputusan yang terbaik buat diriku, syukur,alhamdulillah.."

Keluar sahaja resultku itu bermakna sudah tamat la pengajianku di Pusat Asasi UIAM,Nilai yang tercinta.Result yang cukup selamat buat diriku untuk lepas ke gombak menyambung pelajaran di peringkat ijazah pula.Alhamdulillah.. Tetapi, dalam gembira,hatiku sedikit berasa sedih, beberapa sahabat tersangkut pada certain2 subjek terpaksa re-sit paper.." Tak mengapa sahabt2ku,janganlah kalian berputus asa..daku sentiasa mendoakan dirimu semua,semoga Allah membantu kalian dan dipermudahkan urusan..amin.." InsyaAllah kita akan tetap jumpa di gombak ye..

Tamatnya pengajianku di bumi nilai , bukanlah bermakna tamatlah tangungjawabku dan perjalananku sebagai seorang penuntut ilmu (khusus dalam bidang ekonomi (^^)
Peringkat demi peringkat berjaya ku tempuh..dari UPSR ke PMR, kemudian SPM, lepas itu asasi, Alhamdulillah..dan seterusnya..namun,berjayakah aku dan juga sahabat2ku untuk menempuh perjalanan yang masih jauh ini..??

Walauapapun, buat sahabat2ku yang bakal ke gombak,kita jumpe ye di sana bulan 12 ni insyaALLAH..dan yang masih meneruskan kembara di bumi nilai pada selasa 27hb ni..teruskan pengembaraan anda !! InsyaALLAh kita akan berjumpa jua di gombak satu masa nanti..Ingat ye sahabat2ku tersayang, "perjalanan kita masih jauh, jauh beribu batu"..~


Wednesday, September 16, 2009

~ My DeaR ~ (^_^)~

Thank you for simply being there
On a cloudy day, on a sunny day
Thank you for sharing your joice and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too
Thank you...Thank you..Thank you..Just for you
Thank you for simply being my friend
For the special memories
We shared together now
For the neverending support you always give me
Oh friend...oh...
I will always love you
I can't tell how much that you meant to me
I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was so special and wonderful
And i hope tomorrow will be better Thank you for everything
Thank you for simply being there
On a cloudy day, on a sunny day
Thank you for sharing your joice and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too..
Oh friendThank you...
~ my dear achik..love u so much!!..thanks 4 everything dear
hepi alwizz dear..tenang2 aje (^_^)
~

Thursday, July 23, 2009

Terima Kasih Adikku..~(^_^)~

Sambil berjalan menuju ke ruang tamu..di benak fikiran ini masih teragak-agak..nak ke tak nak..nak ke tak..hmm..takpela..buat je la dulu..

"adik..tolong akak buatkan blog.. ,"pintaku pada adik tersayang yang sedang sibuk dengan myspace nya...

"okay..jap..," adik membalas.

Tersenyum lebar diri ini..tak sabar pula rasanya nak ada blog..adik pun membuka laman blogspot..

"nak letak nama apa ?" tanya adik.."em..letak cahayapenawarku..sedap tak..he2..?"

"boleh je..," balas adik ringkas."okay,dah siap.."

"macam tu je ke..?"tanyaku.."yela..pastu 'edit' la sendiri.."

"hmm..tolongla buatkan sampai habis terus..,"pintaku.."ha,adik..background tu akak nak warna pink tau..,"

Setelah lebih kurang setengah jam,maka siaplah blog yang dinanti-nantikan..Alhamdulillah..Terima kasih adikku..

Tiba-tiba, diri ini terfikir..betul ke ada blog sendiri ni..macam tak percaya je...Teringat suatu ketika dulu.. assof...(sambil tersenyum seorang diri..=) ex s/u assof..akmal hakim..membuat 'kempen' untuk setiap ahli assof mempunyai laman blog masing2..kempen itu agak mendapat sambutan tetapi tidak pada diri ini..

"shafa,macam mane blog ..? " banyak kali hakim bertanya pada diri ini..

"emm...dalam proses.." jawapan yang sama juga diberikan pada sahabat2 assof yang lain..sekadar untuk sedapkan hati mereka..tetapi pada hakikatnya diri ini lansung tidak berminat untuk mempunyai blog..entah tidak tahu kenapa..tetapi jauh di sudut hati agak segan dengan sahabat2 assof yang lain..ramai yang sudah ada blog sendiri..tetapi disebabkan perasaan tidak minat itu lagi tinggi peratusnya,rasa segan dibuang jauh2..

"Shafa kan s/u assof..lagi la kena ada blog sendiri..hajar,husna,hidayat..dan sahabat2 lain..semua dah ada blog.. Shafa bila lagi..," teringat pertanyaan hakim pada diri ini.

"Entahlah hakim..ana tak berminat la nak tulis2 ni..membaca ana minat la..kalau baca blog orang lain pun ana minat.. tapi,kalau nak ana buat blog..maafla ye.." balas diri ini.

Banyak nasihat dan kata2 hakim berikan..tetapi masih tidak berjaya untuk membuatkan diri ini untuk mempunyai laman blog sendiri.. Lama-kelamaan isu blog tidak lagi diperkatakan oleh sahabat2..lega rasanya diri ini..tetapi hakim masih lagi bertanya dan terus bertanya..dan jawapan muktamad yang diberikan...

"Hakim,ana takkan ada blog ana sendiri ok..muktamad..,"

Sekarang..lain pula jadinya..tiba2 sahaja diri ini terbuka hati untuk mempunyai blog sendiri.Terasa ingin berkongsi banyak perkara dengan semua orang.'Point' ini juga yang hakim pernah katakan dulu..

"Shafa, kita buat blog bukan nak tulis gempak2 pun,tapi untuk berkongsi apa yang kita ada,apa yang kita dapat..itu je pun dah cukup," Kata-kata hakim yang masih tersemat di dalam kotak fikiran diri ini.

InsyaALLAH..diri ini ingin dan akan berkongsi segala pengalaman dan pendapat dengan semua orang. Mudah-mudahan boleh dijadikan teladan.ikhtibar..dan mungkin boleh dijadikan inspirasi.Lepas ini hakim dah tak perlu tanya banyak kali bila shafa nak buat blog la kan..mungkin soalan lain pula yang ditanya..

"Shafa,bila nak update blog ni..?"

Terima kasih sekali lagi kepada adik tersayang,nurul amirah yang banyak membantu kakak mu ini..terima kasih juga kepada umi dan ayah..kerana kalian telah berikan nama yang sangat indah kepada anakmu pada tanggal 28 mei 1990 dan kini, telah daku jadikan sebagai nama untuk blogku..~(^_^)~ dan kepada semua..ahlan wa sahlan dan selamat datang ke laman cahayapenawarku..semoga menjadi cahaya yang menerangi dan penawar kepada semua..~(^_^)~