Monday, October 26, 2009

~..MaSih Ada WaKtu..~




MASA..apakah makna sebenarnya pada kita..?

Jika pepatah inggeris ,'Time is Money',Waktu adalah wang,kalau waktu hilang maka wang pun akan lenyap..Jika pepatah melayu pula,'Waktu itu Emas'..Menunjukkan betapa bernilainya setiap saat itu..Pepatah Arab pula mengatakan,'Waktu itu ibarat Pedang',setiap detik ia sentiasa memotong kesempatan waktu kita..


Tetapi..ini hanyalah kata2 yang mana tidak semua orang akan menitik berat atau menanggap MaSa mahupun WaKTu itu sangat penting...kerana ia hanya sekadar Kata2..atau boleh juga dikategorikan sebagai nasihat..yang kebiasaanya..masuk telinga kiri keluar telinga kanan. .Apepun,masih ramai tidak sedar bahawa kata2 yang dicipta oleh manusia ini sebenarnya.. terdapat dalam kalam suci Al-Quran..Allah berfirman di dalam surah Al-Asr ;

"Demi masa!Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian,kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan menasihati supaya menetapi kesabaran kesabaran"

Indah sungguh surat cinta dari Allah ini bukan..??Allah mengetahui hamba2nya yang sering leka dan alpa..lupa dan lalai..maka, Allah peringatkan kita di dalam surat cintanya..Allah menyuruh kita mengamati detik2 waktu agar kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi.. Sahabat sekalian, Rasullulah s.a.w juga pernah bersabda ;

 "ada dua nikmat yang menyebabkan ramai manusia tertipu di dalamnya iaitu, kesihatan dan kesempatan.."(hadis  riwayat bukhari).


Jadi,apakah kita mengamati setiap jam,minit serta detik2 yang berlalu..?? Adakah kita mahu tergolong dalam golongan2 itu..?? Golongan yang rugi dan juga golongan yang tertipu.. Sudah tentu tidak mahu bukan..? Tetapi,mengapa kita masih berdegil..masih mensia2kan waktu.. Mengapa perlu tunggu petang nanti..kejap lagi..mahupun esok hari..mengapa kita tidak manfaatkan waktu sekarang?! saat ini..?! dan juga detik ini?!!

Ayuhlah rakan2ku, sahabat2ku. juga saudara2ku, manfaatkanlah waktu ini..Aturlah dengan sebaik2nya waktu yang sangat2 terbatas ini..!! Ingat tujuan kita diciptakan di dunia ini.. Janganlah kita berkata.."hari esok masih ada.." Ya! hari esok mmg ada tetapi mungkin ia hari kematian bagi kita..apakah kita mahu mati sia2?? Saat ini, kita masih ada waktu..untuk perbaiki dan perbetulkan segalanya..Gunakanlah sebaiknya2nya..jangan sampai kita mempersiakan waktu yang ada ini. Sebab ia akan berlalu meninggalkan kita tanpa izin dan salam!


p/s : sedang sibuk nak update blog ni, tiba2 terima satu sms..sahabatku yang disayangi, Izaifah binti Jailani telah kembali ke rahmatullah lepas maghrib pd 25hb 10..Al Fatihah untuk beliau.semoga beliau pulang dengan rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.amin..peringatan untuk kita yang masih diberikan nikmat untuk menghirup udara yang segar ini, renung2 dan fikirkanlah..kita masih ada waktu~



No comments: