Tuesday, June 29, 2010

~ It's cust0mer rights !!! ~



Semalam saya bersama my dearest adik pergi la satu pasaraya yang menjadi salah satu pilihan orang ramai apabila nak bershopping @ beli barang2 keperluan. Tersebutlah al -kisah, lepas sejam berada di sana dan tiba di kauter bayaran,berlakulah perbualan ringkas ini..
Ada seorang cust0mer berdiri sebelah saya di kauter yang sama, Seperti sedang menunggu sesuatu , jika di lihat daripada gayanya. Tiba2 datang la sorang staf ni.
staf : maaf kak,harga sosej cheese ni rm 4.89 bukan RM 4.39
customer : oh, yeke. tadi anak saya tengok RM 4.39..( sambil memandang ke arah anaknya, n anaknya pun angguk ngan laju..hihi )
staf : tak,yang RM 4.39 tu sosej honey, cheese RM 4.89.
cust0mer : kalau macam tu tak apa la, saya tak nak.
Then cust0mer tu pun pergi dari situ. Apa yang menariknya ?? belum habis lagi..lepas si cust0mer tu pergi,berlaku pula perbualan ini..
staf 1: hmm,beli je la kan..
staf 2: a'ah,beli je la,nak makan pun.
staf 1 : ntah,bukan beza sangat pun, berapa SEN je.
staf 2 : biasa la,orang macam2..
Ok,maka selesai sudah perbualan itu. Apa yang menariknya ??? first part antara staf n cust0mer tu ok lagi, biasa jela berlaku kan. Tapi part 2 antara staf 1 and staf 2 tu buat saya terfikir. Kenapa pula staf tu nak komen macam tu pasal customer tu ? Mungkin rasa penat kot sebab dah penat2 dan agak jauh juga nak check harga yang hanya bezanya hanya berapa SEN, last2 customer tu cakap 'tak apa la,saya tak nak '.
Apa pun mereka tak patut la cakap macam tu, it's customer rights!. Tak kisah la customer nak nak beli ke tak nak even beza hanya 1 SEN. Tak perlu la nak komen sampai macam tu sekali .(saya pula lebih.hihi.). Saya sedikit tidak berpuas hati apabila staf tu cakap 'bukan beza sangat pun, berapa SEN je'. Memang la berapa SEN je, dalam 50 SEN bezanya, Kita kena la hormati keputusan customer tu, Mungkin bagi staf tu 50 SEN tu tak ada apa pun, tapi bagi customer tu ? it's something..

 Kepada staf2 sekalian.mari sini, saya nak bagitau apa yang boleh dibuat dengan 50 SEN tu..  
  • dengan duit 50 SEN, si customer tu boleh dapat dua biji telur tau. makan sekali ngan s0sej,sedap sangat2!! .
  • dengan duit 50 SEN, si customer tu boleh di sedekahkan kepada orang yang kurang upaya kat luar tu. Yela,lepas bayar barang ada baki duit 50 sen, Keluar je,masuk dalam bekas orang minta sedekah tu. Dapat juga customer tu pahala kan :) 
  • dengan duit 50 SEN, si customer tu boleh beli air bungkus yang jual kat luar tu,boleh hilangkan dahaga. Yela,penat2 sh0pping..
  • dengan duit 50 SEN, si customer tu boleh bagi anak dia.Anak dia boleh simpan,buat basuh baju (guna machine macam kat uia ni..hee ~ ) Tak perlu nak cari2,nak tukar duit kat kedai dah nak basuh guna machine nanti..(erk,macam selalu buat jer.. :P)
  •  dengan duit 50 SEN, si customer tu bolah buat n beli macam2 tau. tak pun,simpan je,nanti bila beli barang yang SEN2 ni,senang la..kan casher selalu tanya 'ada duit kecik tak kak ?'..

Ini hanya sedikit luahan hati.Saya pula yang lebih2 nak komen. Pada fikiran saya,kalau customer tu dengar pun,mesti dia rasa macam saya juga.Silap2,staf yang komen2 tu kena 'serang' kat situ juga. (gurau jer ). Apa pun,sepatutnya, semua staf2 tak kisah la bahagian mana pun, casher ke, selling ke, advertising ke..semua kena belajar at least basic things pasal customer rights.Kalau mereka tak belajar pun, they should know, as a MUSLIMS, they should not do that, commenting people. Just imagine how that 'kak' feel ? how insulted she will be if she hears what they say?. Prophet Muhammad s.a.w once taught never to insult anyone.( i couldn't find the dalil @hadis,but it is islamic teachings >> this also a reminder for myself too )
Eh,tak habis lagi kisah saya ni, lepas shopping, then balik rumah. Memang menjadi kebiasaan saya, kalau beli barang, balik rumah cek balik satu2 dengan resit. TIBA2 !! Ada satu barang ni saya beli, mereka display RM 10, kat resit ni RM 18.99.. beza RM 8.99 !! boleh buat macam2 ni. Masa awal2, saya fikir customer tu salah tengok kot, ntah2 memang betul harga barang tu tak. Saya pun terkena ni,saya sangat yakin saya tengok banyak kali harga yang mereka display. Tak b0leh jadi ni,saya nak pergi balik ke sana, nak tuntut. According to The Control of Misleading Advertisements Regulations, the shop has to sell at the display price!  (source : http://www.consumerrightsexpert.co.uk/ )





    2 comments:

    cibow said...

    slalu mcm tu kan.hurmm

    shaiefa said...

    cib0w dear,yup,slalu juga dgr kes2 mcm ni. sekali terkena pule..hmm.