Tuesday, April 26, 2011

* Jauh dari Harapan *


Sambil menunggu umi pulang nak pergi pasar malam, bukak la video Dr MAZA, ada satu part dalam video ni, Dr Maza ada cakap, 'Apa yang Allah kurniakan pada kita sebenarnya lebih dari harapan kita'. Berfikir sejenak...


 Flash back..
Final paper, pagi paper intermediate microeconomics 1. Memang menangis la tyme buat paper tu, sampai pening2 naik migrain dah. Masa tu memang rasa nak give up utk paper petang. Habis paper pagi, kumpul dengan geng2 yang ambil sekali paper petang usul fiqh 1, masa tu memang dah tak larat nak revise,  migrain yang melanda disebabkan paper pagi. So, kami pun just bincang 2 sikit, dapatlah cover part yang tak sempat nak revise. Tyme dah frust2 gitu, mmg doa banyak2 moga mudah soalan usul fiqh nanti, tak complicated macam paper pagi. Masanya tiba, buka2 soalan, Allah..senyum sampai ke telinga. Dari part True/False sampai ke essays, soalan yang keluar sebijik dengan apa yang kami bincang sebelum tu. Dah la bincang dengan explanation,memang laju jela buat kan. Alhamdulillah,dimudahkan ilham dan kefahaman. < bila renung kembali, yup2..Allah beri saya lebih dari apa yang saya harapkan >
Flash back lagi...
Paper semua dah habis. Hati gembira, siap2 kemas barang. Ada masa free, pergi la menjengah ke bilik diba (bakal rumate setahun akan datang).Berkongsi kesedihan hati, sebab last minute dapat notis dr lecturer  usul fiqh 2, kelas short sem akan datang dibatalkan. So,saya ada satu subjek je, subjek lain semua dah penuh, mmg tak dapat nak add la kan. Terfikir2 nak drop masa tu sebab rugi la amik satu subjek je kan. Mmg berdoa sangat2 nanti masa buat add manual moga2 dapat subjek. Masa kat bilik, diba tengok kalau2 ada subjek boleh add ke. Tengok kat FM..tak ada..then saya saja2 la bukak LM 2015 (komunikasi perniagaan) tapi tak mengharap pun. Ha!!! ada satu..diba2,cepat2,add!!. Terus sujud syukur lepas tu.. Allhamdulillah. < Yang saya harap moga dapat add waktu manual,Allah bagi lebih baik dari itu.>
Flash back lagi..hee..
Ok,barang dah siap simpan dalam stor,tunggu ayah ambil nak balik. Sambil tunggu, pergi pulang kunci dulu. Tengok2, Allah..baru teringat,tag kunci hilang. Hati mula risau,sem lepas tag kunci patah kena saman RM 5. Tag kunci hilag,tak tau la kan, berapa pulak la kena. Berdoa tyme tu, moga saman tak banyak,nanti buat la muka kesian kat akak office tu kan :) Nak harap tak kena saman macam tak boleh la kan,kalau patah kena,apatah pagi hilang. Seperti yang dijangka memang kena saman, tapi tak tau berapa, kena appeal. Ok,redha je. Lepas tu,akak office tanya, 'blok mana dik..?' saya jawab ,' blok F'. Akak tu senyum ,dia keluarkan tag....yang hilang tu..!!! Ada orang pulangkan..alhamdulillah.< couldn't agree more, Allah beri jauh lebih baik dari apa yang saya harapkan,sekali lagi >
Dan.. flash back lagi..lagi..dan lagi...
 Bagaimana dengan anda ???
Jika kita renungkan kembali, sedalam2nya, Ya,memang Allah sentiasa berikan kita yang terbaik, yang lebih jauh dari apa yang kita harapkan. 
Jadi, teruskan usaha, beratkan doa, sentiasa bersangka baik terhadapNYA. Jangan pernah sekali berputus asa dari rahmat Allah.Sungguh, DIA MAha Tahu, pasti DIA bantu! 


 '.. dan benar-benar akan kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan .[al-ankabut:7]'









4 comments:

Moslemische said...

Betul3.. Setuju sgt2. Kdg2 rsa mcm dpt 'on the spot', 'still hot n fresh'. Mcm bru je mintak sstu kat Allah, 'gedebuk jatuh dpan mata'.. Hee~

Rindu kak longy saya.. :)

FasiHaH SupiaN said...

Salam dear, yes....betul sgt2, sebab itu perlunya pergantungan dengan DIA, insyaAllah semuanya dipermudahkan dan mendapat yg lebih baik....



p/s: shafa, cube buat setting comment blog shafa, buang verification words dgn buat dy pop-up comment. Ramai pembaca blog shafa nie..:)

shaiefa said...

my alyaa sukary : yup2,sungguh dia Maha Tahu kan :)

Luvmisscare u so much!!!

shaiefa said...

cik seha lovey : yup,moga2 insyaAllah..

p/s : tQ dear :)