Sunday, January 3, 2010

~ sahaHabat terBaik !!! ~



Memulakan hari dengan penuh semangat walaupun keadaan fizikal tidak begitu sihat.. Tak mengapa, ujian dariNYA.. Sementara menunggu abang kesayangan datang melawatku di bumi uia tercinta.. ON9 la sekejap..seperti biasa,laman utama pastilah fb =p.. banyak jge comment.. Em, tiba2 mata ini  tertumpu pada satu post.. You are one of my Best Facebook Friends for 2010!!! – from one of my close fiend,here in uia, Sumaida @ ida..thanks a lot my dear. =)

Tersenyum dan gembira juga dapat post tu..walaupun rank ke3..kira top juga la kan.. tapi,diriku berfikir sejenak.. Adakah diriku ini benar2 sahabat yang terbaik utk sahabat2ku..Perkara ini membawa mindaku berfikir.. sepanjang tahun ini..adakah diriku sudah melakukan yang terbaik untuk sahabat2? Mari kita sama2 berfikir wahai sahabat2ku..adakah kita ini benar2 sahabat terbaik?! Macam mana kita nak nilai ? Adakah sebab kita banyak duit itu menandakan kita ini sahabat terbaik, atau mungkin kita ini pandai baru dikatakan sahabat terbaik,atau mungkin juga kita ini cantik @ hensem..jadi kita adalah sahabat terbaik?!!

Daripada Abdullah bin Amr’ r.a, Nabi s.a.w. bersabda :
 “ Sahabat yang terbaik di sisi ALLAh adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya”
    ( Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Jadi sahabat2 sekalian..macam mana? Rasulullah s.a.w dah beri guideline pun kepada kita..Mudah bukan? Sekarang ni masa untuk kita muhasabah diri.. Jika rasa diri kita ini masih kurang berbuat baik kepada sahabat2 kita.. maka banyak2 kanlah.. boleh dijadikan sebagai azam tahun baru kan =) Peringatan untuk diriku jua.. Jom jika berlumba2 jadi sahabat terbaik.. Jangan risau ye.. untuk jadi ‘Best Friend’ tak perlu banyak duit..tak perlu ada rupa paras yang cantik dan tak perlu juga jadi sorang yang pandai (tapi kena jadi org berilmu tau, tuntutan sebagai seorang muslim)..Apa yang perlu kita buat hanyalah berbuat kebaikan kepada sahabat2..

Satu lagi peringatan,jangan sedih jika sahabat2 kita tak isytiharkan diri kita sebagat best friend kat fb mahupun kepada dunia..kerana itu tidak bermakana kita bukan sahabat terbaik.. Ingat ye.. pandangan manusia itu berbeza2.. Apa yang lebih penting pandangan dan kedudukan kita di sisi Allah..sahabat paling banyak buat baik = sahabat terbaik di sisi ALLAH.. (^_^).. InsyaAllah.. Mungkin sahabat2 di sekeliling tidak sedar kehadiran kita sebenarnya banyak membantu tetapi ALLAH Maha Mengetahui..Jadi,teruslah berbuat kebaikan selagi kiata mampu kepada sahabat2 kita!!

p/s: to my dearest friend ida.. hope I will be ur best friend forever..dunia-akhirat..bukan untuk 2010 je.. =)







3 comments:

Hazwan Mohd Nor said...

ye shafa. btul tu.

shaiefa said...

btul 3x..hee..(^_^)

zenbuanime said...

"laa yukminu ahadukum hatta yuhibba li akhiihi ma yuhibba linafsiihi" (Muslim,45)