Showing posts with label RamadHan. Show all posts
Showing posts with label RamadHan. Show all posts

Monday, August 29, 2011

Detik2 Terakhir Menjelang Hari Kemenangan




Ramadhan..
bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi
Persaan sayu di hati menyelubungi , sebak di dada, sesak jiwa,
kerana ramadhan akan berlalu pergi. 

Pesan kakak,
Walaupun tak tertanggung pedihnya perpisahan ini,
Namun Allah jualah yang akak memujuk hati para mukmin.
Relakan, kerana ia tetap akan pergi.
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah,
telah berjaya kita laksanakan bulan tarbiyah ini.
Sempurna atau tidak, serahkan pada DIA untuk menilai.

Detik-detik terakhir ini,
isilah ruang dan peluang sebaik mungkin,
Kerana ganjaran dariNYA masih ada masih istimewa.

Kepada para graduan Akademi Ramadhan,
Bersedialah,esok adalah hari kemenangan kita semua.
Moga amalan dan didikan sepanjang bulan ramadhan,
akan terus berkekalan.

D0a dan harapan, 
Agar diizinkan untuk bertemu lagi ramadhan akan datang.

Salam lebaran buat semua, 
Selamat menyambut hari kemenangan.
Taqabbal Allahu minna wa minkum
(semoga Allah menerima amalan kami dan antum)
 Ameen.







Wednesday, July 27, 2011

Jom sedia!


Tengah hari tadi turun K.L bersama bonda jenjalan mencari jubah2 untuk berniaga, ramai betul orang (biasalah,KL kan). Rata-rata mereka sibuk membeli kain ela, pakaian, kain langsir, untuk raya! Baiklah,hari raya semua sudah buat persediaan awal ye,( mungkin tak mahu sibuk-sibuk bulan puasa nanti, mahu fokus ibadah di bulan ramadhan,[husnuzon] ). Bagaimana pula untuk menghadapi bulan ramadhan yang mulia ini ?
Sambil mencari jubah2 tadi,sempat juga tangan ini mencapai buku-buku yang menarik untuk dibaca berkaitan dengan ramadhan (salah satu persediaan menghadapi ramadhan juga la kan). Beberapa hari sahaja lagi bulan yang penuh barakah ini akan menjelma,jadi cepat-cepat pergi beli buku-buku yang penuh manfaat ini..







~ Selamat berAkademi di madrasah Ramadhan, Sambutlah dengan jiwa penuh kehambaan ~