Showing posts with label sh0pping. Show all posts
Showing posts with label sh0pping. Show all posts

Friday, April 29, 2011

♥ KLIBF 2011 : Part 2 ♥

Semalam tak ada orang kat rumah,sensorang je. Minta izin umi nak keluar pergi bookfair,again.. for the 2nd tyme.  :) First time @ first day bookfair hari tu jalan2 survey buku, kali ni jalan2 beli buku pula..syuke2 (^_^). Ok,inilah hasilnya jenjalan sorang2 kat bookfair tu..7 buah buku.. total.. $$$..

















Kepada anda yang masih belum lagi berkunjung ke bookfair,
cepat2,jangan buang masa,ahad ni last day,jom pergi!!!
I'm going...inysaAllah :)









Friday, April 22, 2011

♥ KLIBF 2011 : Part 1 ♥

   
Awal2 pagi dah semangat bersiap,nak pergi berpesta bersama Cik Mashitah Mustapha di PWTC..(cik didi nak ikut tapi pagi2 dapat mesej dari cik didi,sakit gigi katanya,xjadi nak ikut) Yup2,kami berpesta dgn buku2 yang sangat banyak. KLIBF 2011,here we come!!! hee.. Kami naik ktm pukul 8 pagi dari seremban (awal x? kome pun belum bangun ag kan),sampai dalam pukul 10 pagi,minum2 isi minyak dulu then baru jalan2.. :) Best2, hari ini kan  first day, so kami datang just nak survey2 je dulu..tgk2..cuci mata..(-_^) so kami tak beli banyak buku la,sbb...kami nak datang lagi!!! tak puas.. :) Actually,shafa ada snap2 byk juga gambar,(pakai hp jer) tapi ada masalah teknikal,jadi ada bape je..huhu.
0wh ye,sebelum itu ada beberapa pengajaran untuk hari ini ye.. 1st >> Pastikan dengan betul ke mana destinasi anda ye, bc0z,cik Mash beli tiket sampai kl central jer..Mash, lain kali jangan lupa..terus ke pwtc/putra ye.. ;P  2nd >> isi perut anda dari rumah,so xla susah nak cari tempat nak makan..(breakfast) :)


Curi2 ambil gambar adik2 ni..semangat mereka dengan JS :)




Saya dapat baucar!! RM 2 je..cabutan bertuah..
Anda cubalah,mana tau dapat blackberry ke kan.. :)




kami nak balik dah..kami happy..kami mahu datang lagi..


..DAN..
Inilah dua buah buku saya beli..dah baca separuh pun..best bukunya :)
Dua2  terbitan KarnaDya











Anda,bila mahu pergi.. ??? Rugi sangat2 tak pergi..Jom2!!
Masih ada waktu..sampai 1 May 2011 ye..
Jumpa anda di sana (-_^)















Thursday, July 8, 2010

~ an0ther bl0g 0f mine ~



 

 Bacalah dengan nama Tuhanmu, Itulah permulaan ilmu

Salam semua..sem0ga sihat dan ceria2 selalu. Just f0r ur inf0rmati0n , n0w I already have an0ther bl0g. Berbeza dengan bl0g cahaya penawarku , bl0g yang diberi nama iQra' adalah bertujuan untuk saya berk0ngsi dengan anda semua mengenai buku2 yang saya baca dan juga buku2 saya yang terbaru . Saya terfikir untuk buat bl0g iQra' ini disebabkan minat saya yang sgt mendalam untuk membaca. Alhamdulillah (harap2 berterusan hingga ke akhir hayat..ameen).
Sambil2 itu juga, saya buat business menjual buku2,  jika berminat dengan buku2 yang saya perkenalkan b0leh la tempah ye. Special untuk anda semua yang f0llow bl0g iQra ini, akan diberi 10% diskaun (menarik kan..tak perlu tunggu b00k fair..hee~).  Selain buku2 yang saya perkenalkan,anda juga b0leh tempah apa2 jenis buku yang anda minati. Tempahan b0leh dibuat melaui :
Email : shaiefa _penawarku @ yahoo.com.
Faceb00k : Nur Shafawati Binti BAhara ( message ) 
Feel free t0 g0 to  ~ http://l0ve2read.blogspot.com/~

~ selamat membaca ~



Tuesday, June 29, 2010

~ It's cust0mer rights !!! ~



Semalam saya bersama my dearest adik pergi la satu pasaraya yang menjadi salah satu pilihan orang ramai apabila nak bershopping @ beli barang2 keperluan. Tersebutlah al -kisah, lepas sejam berada di sana dan tiba di kauter bayaran,berlakulah perbualan ringkas ini..
Ada seorang cust0mer berdiri sebelah saya di kauter yang sama, Seperti sedang menunggu sesuatu , jika di lihat daripada gayanya. Tiba2 datang la sorang staf ni.
staf : maaf kak,harga sosej cheese ni rm 4.89 bukan RM 4.39
customer : oh, yeke. tadi anak saya tengok RM 4.39..( sambil memandang ke arah anaknya, n anaknya pun angguk ngan laju..hihi )
staf : tak,yang RM 4.39 tu sosej honey, cheese RM 4.89.
cust0mer : kalau macam tu tak apa la, saya tak nak.
Then cust0mer tu pun pergi dari situ. Apa yang menariknya ?? belum habis lagi..lepas si cust0mer tu pergi,berlaku pula perbualan ini..
staf 1: hmm,beli je la kan..
staf 2: a'ah,beli je la,nak makan pun.
staf 1 : ntah,bukan beza sangat pun, berapa SEN je.
staf 2 : biasa la,orang macam2..
Ok,maka selesai sudah perbualan itu. Apa yang menariknya ??? first part antara staf n cust0mer tu ok lagi, biasa jela berlaku kan. Tapi part 2 antara staf 1 and staf 2 tu buat saya terfikir. Kenapa pula staf tu nak komen macam tu pasal customer tu ? Mungkin rasa penat kot sebab dah penat2 dan agak jauh juga nak check harga yang hanya bezanya hanya berapa SEN, last2 customer tu cakap 'tak apa la,saya tak nak '.
Apa pun mereka tak patut la cakap macam tu, it's customer rights!. Tak kisah la customer nak nak beli ke tak nak even beza hanya 1 SEN. Tak perlu la nak komen sampai macam tu sekali .(saya pula lebih.hihi.). Saya sedikit tidak berpuas hati apabila staf tu cakap 'bukan beza sangat pun, berapa SEN je'. Memang la berapa SEN je, dalam 50 SEN bezanya, Kita kena la hormati keputusan customer tu, Mungkin bagi staf tu 50 SEN tu tak ada apa pun, tapi bagi customer tu ? it's something..

 Kepada staf2 sekalian.mari sini, saya nak bagitau apa yang boleh dibuat dengan 50 SEN tu..  
  • dengan duit 50 SEN, si customer tu boleh dapat dua biji telur tau. makan sekali ngan s0sej,sedap sangat2!! .
  • dengan duit 50 SEN, si customer tu boleh di sedekahkan kepada orang yang kurang upaya kat luar tu. Yela,lepas bayar barang ada baki duit 50 sen, Keluar je,masuk dalam bekas orang minta sedekah tu. Dapat juga customer tu pahala kan :) 
  • dengan duit 50 SEN, si customer tu boleh beli air bungkus yang jual kat luar tu,boleh hilangkan dahaga. Yela,penat2 sh0pping..
  • dengan duit 50 SEN, si customer tu boleh bagi anak dia.Anak dia boleh simpan,buat basuh baju (guna machine macam kat uia ni..hee ~ ) Tak perlu nak cari2,nak tukar duit kat kedai dah nak basuh guna machine nanti..(erk,macam selalu buat jer.. :P)
  •  dengan duit 50 SEN, si customer tu bolah buat n beli macam2 tau. tak pun,simpan je,nanti bila beli barang yang SEN2 ni,senang la..kan casher selalu tanya 'ada duit kecik tak kak ?'..

Ini hanya sedikit luahan hati.Saya pula yang lebih2 nak komen. Pada fikiran saya,kalau customer tu dengar pun,mesti dia rasa macam saya juga.Silap2,staf yang komen2 tu kena 'serang' kat situ juga. (gurau jer ). Apa pun,sepatutnya, semua staf2 tak kisah la bahagian mana pun, casher ke, selling ke, advertising ke..semua kena belajar at least basic things pasal customer rights.Kalau mereka tak belajar pun, they should know, as a MUSLIMS, they should not do that, commenting people. Just imagine how that 'kak' feel ? how insulted she will be if she hears what they say?. Prophet Muhammad s.a.w once taught never to insult anyone.( i couldn't find the dalil @hadis,but it is islamic teachings >> this also a reminder for myself too )
Eh,tak habis lagi kisah saya ni, lepas shopping, then balik rumah. Memang menjadi kebiasaan saya, kalau beli barang, balik rumah cek balik satu2 dengan resit. TIBA2 !! Ada satu barang ni saya beli, mereka display RM 10, kat resit ni RM 18.99.. beza RM 8.99 !! boleh buat macam2 ni. Masa awal2, saya fikir customer tu salah tengok kot, ntah2 memang betul harga barang tu tak. Saya pun terkena ni,saya sangat yakin saya tengok banyak kali harga yang mereka display. Tak b0leh jadi ni,saya nak pergi balik ke sana, nak tuntut. According to The Control of Misleading Advertisements Regulations, the shop has to sell at the display price!  (source : http://www.consumerrightsexpert.co.uk/ )