Monday, August 29, 2011

Detik2 Terakhir Menjelang Hari Kemenangan




Ramadhan..
bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi
Persaan sayu di hati menyelubungi , sebak di dada, sesak jiwa,
kerana ramadhan akan berlalu pergi. 

Pesan kakak,
Walaupun tak tertanggung pedihnya perpisahan ini,
Namun Allah jualah yang akak memujuk hati para mukmin.
Relakan, kerana ia tetap akan pergi.
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah,
telah berjaya kita laksanakan bulan tarbiyah ini.
Sempurna atau tidak, serahkan pada DIA untuk menilai.

Detik-detik terakhir ini,
isilah ruang dan peluang sebaik mungkin,
Kerana ganjaran dariNYA masih ada masih istimewa.

Kepada para graduan Akademi Ramadhan,
Bersedialah,esok adalah hari kemenangan kita semua.
Moga amalan dan didikan sepanjang bulan ramadhan,
akan terus berkekalan.

D0a dan harapan, 
Agar diizinkan untuk bertemu lagi ramadhan akan datang.

Salam lebaran buat semua, 
Selamat menyambut hari kemenangan.
Taqabbal Allahu minna wa minkum
(semoga Allah menerima amalan kami dan antum)
 Ameen.







No comments: