Monday, August 29, 2011

Detik2 Terakhir Menjelang Hari Kemenangan




Ramadhan..
bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi
Persaan sayu di hati menyelubungi , sebak di dada, sesak jiwa,
kerana ramadhan akan berlalu pergi. 

Pesan kakak,
Walaupun tak tertanggung pedihnya perpisahan ini,
Namun Allah jualah yang akak memujuk hati para mukmin.
Relakan, kerana ia tetap akan pergi.
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah,
telah berjaya kita laksanakan bulan tarbiyah ini.
Sempurna atau tidak, serahkan pada DIA untuk menilai.

Detik-detik terakhir ini,
isilah ruang dan peluang sebaik mungkin,
Kerana ganjaran dariNYA masih ada masih istimewa.

Kepada para graduan Akademi Ramadhan,
Bersedialah,esok adalah hari kemenangan kita semua.
Moga amalan dan didikan sepanjang bulan ramadhan,
akan terus berkekalan.

D0a dan harapan, 
Agar diizinkan untuk bertemu lagi ramadhan akan datang.

Salam lebaran buat semua, 
Selamat menyambut hari kemenangan.
Taqabbal Allahu minna wa minkum
(semoga Allah menerima amalan kami dan antum)
 Ameen.







Sunday, August 14, 2011

T.I.T.I.P.A.N



 Terima kasih kerana membenarkan daku menangis di bahumu, tegar air mata menahan pilu, akhirnya tercurah jua di dalam dakapan kasihmu. Terima kasih kakak, sungguh indah bait doamu. Sungguh, titipan membantu hati, tatkala diri ini sedang menguatkan diri dalam perjalanan pulang..
 Titipan doa penuh kasih seorang kakak,
Akak titipkan kepada Allah,
Agar DIA menyembuhkan perih dukamu,
Menghibur berat rasamu,
Memelukmu erat dengan kasih cintaNYA,
Menyiapkanmu dengan satu kebaikan yang tak terjangkau,
Meneguhkan pasak sabarmu,
Sampai akhir...

Beratkan doamu dik,
Allah yang memegang hatimu dan hati semua,
Harapan, gantungkan pada Allah semutlaknya,
 Maka Allah yang akan membantu meletakkan harapan itu,
pada tempat yang paling tepat dan tak pernah salah. 

Istighfar,
Jalanya akan dilapangkan oleh yang Maha melapangkan.
~ ameen ~