Tuesday, November 8, 2011

Terkadang Terlupa


cc: pixca from acik's blog.

Terkadang Terlupa,
Hidup ini pinjaman dari DIA
Terasa sakit bila diuji  
Kerna ada rasa memiliki

Terkadang Terlupa,
Perjuangan di sini hanya sementara
Sedarlah hati, bangkitlah jiwa
Sediakan bekalan menuju ke sana

Terkadang Terlupa
Diri ini insan yang lemah
Kuatnya kita adalah kerna DIA
Dalam setiap langkah sentiasa bersama

Terkadang Terlupa
Doa itu bahagian terbesar
Kerana itu ia menjadi senjata
Untuk kita berhubung dengan DIA

Terkadang Terlupa
Terlalu banyak perkara
Sering lalai leka dan alpa
Kerna aku hanyalah hamba 

Tolong ingatkan daku 
...Wahai CINTA...

*081111*












Wednesday, October 12, 2011

*P.A.I.N*




Pain! 
HE is the One who give.

No!
Don't sad nor grief.

Sit!
Calm and breathe deeply.

Patience!
That's what you need.

Smile!
Be strong and positive.

Time!
Will arrive and you'll relief.


~121011~






Monday, August 29, 2011

Detik2 Terakhir Menjelang Hari Kemenangan




Ramadhan..
bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi
Persaan sayu di hati menyelubungi , sebak di dada, sesak jiwa,
kerana ramadhan akan berlalu pergi. 

Pesan kakak,
Walaupun tak tertanggung pedihnya perpisahan ini,
Namun Allah jualah yang akak memujuk hati para mukmin.
Relakan, kerana ia tetap akan pergi.
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah,
telah berjaya kita laksanakan bulan tarbiyah ini.
Sempurna atau tidak, serahkan pada DIA untuk menilai.

Detik-detik terakhir ini,
isilah ruang dan peluang sebaik mungkin,
Kerana ganjaran dariNYA masih ada masih istimewa.

Kepada para graduan Akademi Ramadhan,
Bersedialah,esok adalah hari kemenangan kita semua.
Moga amalan dan didikan sepanjang bulan ramadhan,
akan terus berkekalan.

D0a dan harapan, 
Agar diizinkan untuk bertemu lagi ramadhan akan datang.

Salam lebaran buat semua, 
Selamat menyambut hari kemenangan.
Taqabbal Allahu minna wa minkum
(semoga Allah menerima amalan kami dan antum)
 Ameen.







Sunday, August 14, 2011

T.I.T.I.P.A.N



 Terima kasih kerana membenarkan daku menangis di bahumu, tegar air mata menahan pilu, akhirnya tercurah jua di dalam dakapan kasihmu. Terima kasih kakak, sungguh indah bait doamu. Sungguh, titipan membantu hati, tatkala diri ini sedang menguatkan diri dalam perjalanan pulang..
 Titipan doa penuh kasih seorang kakak,
Akak titipkan kepada Allah,
Agar DIA menyembuhkan perih dukamu,
Menghibur berat rasamu,
Memelukmu erat dengan kasih cintaNYA,
Menyiapkanmu dengan satu kebaikan yang tak terjangkau,
Meneguhkan pasak sabarmu,
Sampai akhir...

Beratkan doamu dik,
Allah yang memegang hatimu dan hati semua,
Harapan, gantungkan pada Allah semutlaknya,
 Maka Allah yang akan membantu meletakkan harapan itu,
pada tempat yang paling tepat dan tak pernah salah. 

Istighfar,
Jalanya akan dilapangkan oleh yang Maha melapangkan.
~ ameen ~











Wednesday, July 27, 2011

Jom sedia!


Tengah hari tadi turun K.L bersama bonda jenjalan mencari jubah2 untuk berniaga, ramai betul orang (biasalah,KL kan). Rata-rata mereka sibuk membeli kain ela, pakaian, kain langsir, untuk raya! Baiklah,hari raya semua sudah buat persediaan awal ye,( mungkin tak mahu sibuk-sibuk bulan puasa nanti, mahu fokus ibadah di bulan ramadhan,[husnuzon] ). Bagaimana pula untuk menghadapi bulan ramadhan yang mulia ini ?
Sambil mencari jubah2 tadi,sempat juga tangan ini mencapai buku-buku yang menarik untuk dibaca berkaitan dengan ramadhan (salah satu persediaan menghadapi ramadhan juga la kan). Beberapa hari sahaja lagi bulan yang penuh barakah ini akan menjelma,jadi cepat-cepat pergi beli buku-buku yang penuh manfaat ini..







~ Selamat berAkademi di madrasah Ramadhan, Sambutlah dengan jiwa penuh kehambaan ~








Tuesday, July 26, 2011

* K.E.M.B.A.L.I *

Sudah lama tak update bl0g. Bak kata seorang sahabat, 'shafa,dah bersawang blog shafa tu,bersihkan la ye'. Maaf kepada semua ( mcm la ramai sgt yg baca blog ni pun ). Tak mahu cerita panjang kenapa dan kenapa dan kenapa saya tak update blog. Apa yang penting, kerjasama...(hee,gurau jer),saya sudah kembali bersemangat untuk terus menulis terus bercerita dan terus berkongsi, insyaAllah. Thanx a lot kepada mereka yang memberi semangat dan motivasi. Saya memang ingin sekali kembali menulis walaupun diri ini tidak berbakat..huhu.
Pesan seorang kakak..
Akak yakin shafa selalu boleh. Jagakan bakat terpendam yang sedang lelap tu. Niat yang jernih akan melahirkan ilham.Tulislah dari hati, jatuhnya akan ke hati. Bermulalah dengan apa yang shafa gemari dan dekat di hati. Pendek dan mengesankan lebih elok dari panjang dan menjemukan. Stay f0cus, breath in and out. Write your kalimaat ya habeebaty! I believe in you.
M0tivasi daripada seorang sahabat..
Perkongsian hasil penulisanya,Menulis Bukan Kerna Nama. Boleh la baca bagi anda yang mahukan nasihat dan motivasi.
Dan daripada anda, jika ada sedikit perkongsian boleh tinggalkan c0mment, Just a little 0f advice and m0tivation. (^_^)
  







Friday, April 29, 2011

♥ KLIBF 2011 : Part 2 ♥

Semalam tak ada orang kat rumah,sensorang je. Minta izin umi nak keluar pergi bookfair,again.. for the 2nd tyme.  :) First time @ first day bookfair hari tu jalan2 survey buku, kali ni jalan2 beli buku pula..syuke2 (^_^). Ok,inilah hasilnya jenjalan sorang2 kat bookfair tu..7 buah buku.. total.. $$$..

















Kepada anda yang masih belum lagi berkunjung ke bookfair,
cepat2,jangan buang masa,ahad ni last day,jom pergi!!!
I'm going...inysaAllah :)









Tuesday, April 26, 2011

* Jauh dari Harapan *


Sambil menunggu umi pulang nak pergi pasar malam, bukak la video Dr MAZA, ada satu part dalam video ni, Dr Maza ada cakap, 'Apa yang Allah kurniakan pada kita sebenarnya lebih dari harapan kita'. Berfikir sejenak...


 Flash back..
Final paper, pagi paper intermediate microeconomics 1. Memang menangis la tyme buat paper tu, sampai pening2 naik migrain dah. Masa tu memang rasa nak give up utk paper petang. Habis paper pagi, kumpul dengan geng2 yang ambil sekali paper petang usul fiqh 1, masa tu memang dah tak larat nak revise,  migrain yang melanda disebabkan paper pagi. So, kami pun just bincang 2 sikit, dapatlah cover part yang tak sempat nak revise. Tyme dah frust2 gitu, mmg doa banyak2 moga mudah soalan usul fiqh nanti, tak complicated macam paper pagi. Masanya tiba, buka2 soalan, Allah..senyum sampai ke telinga. Dari part True/False sampai ke essays, soalan yang keluar sebijik dengan apa yang kami bincang sebelum tu. Dah la bincang dengan explanation,memang laju jela buat kan. Alhamdulillah,dimudahkan ilham dan kefahaman. < bila renung kembali, yup2..Allah beri saya lebih dari apa yang saya harapkan >
Flash back lagi...
Paper semua dah habis. Hati gembira, siap2 kemas barang. Ada masa free, pergi la menjengah ke bilik diba (bakal rumate setahun akan datang).Berkongsi kesedihan hati, sebab last minute dapat notis dr lecturer  usul fiqh 2, kelas short sem akan datang dibatalkan. So,saya ada satu subjek je, subjek lain semua dah penuh, mmg tak dapat nak add la kan. Terfikir2 nak drop masa tu sebab rugi la amik satu subjek je kan. Mmg berdoa sangat2 nanti masa buat add manual moga2 dapat subjek. Masa kat bilik, diba tengok kalau2 ada subjek boleh add ke. Tengok kat FM..tak ada..then saya saja2 la bukak LM 2015 (komunikasi perniagaan) tapi tak mengharap pun. Ha!!! ada satu..diba2,cepat2,add!!. Terus sujud syukur lepas tu.. Allhamdulillah. < Yang saya harap moga dapat add waktu manual,Allah bagi lebih baik dari itu.>
Flash back lagi..hee..
Ok,barang dah siap simpan dalam stor,tunggu ayah ambil nak balik. Sambil tunggu, pergi pulang kunci dulu. Tengok2, Allah..baru teringat,tag kunci hilang. Hati mula risau,sem lepas tag kunci patah kena saman RM 5. Tag kunci hilag,tak tau la kan, berapa pulak la kena. Berdoa tyme tu, moga saman tak banyak,nanti buat la muka kesian kat akak office tu kan :) Nak harap tak kena saman macam tak boleh la kan,kalau patah kena,apatah pagi hilang. Seperti yang dijangka memang kena saman, tapi tak tau berapa, kena appeal. Ok,redha je. Lepas tu,akak office tanya, 'blok mana dik..?' saya jawab ,' blok F'. Akak tu senyum ,dia keluarkan tag....yang hilang tu..!!! Ada orang pulangkan..alhamdulillah.< couldn't agree more, Allah beri jauh lebih baik dari apa yang saya harapkan,sekali lagi >
Dan.. flash back lagi..lagi..dan lagi...
 Bagaimana dengan anda ???
Jika kita renungkan kembali, sedalam2nya, Ya,memang Allah sentiasa berikan kita yang terbaik, yang lebih jauh dari apa yang kita harapkan. 
Jadi, teruskan usaha, beratkan doa, sentiasa bersangka baik terhadapNYA. Jangan pernah sekali berputus asa dari rahmat Allah.Sungguh, DIA MAha Tahu, pasti DIA bantu! 


 '.. dan benar-benar akan kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan .[al-ankabut:7]'









Monday, April 25, 2011

Cuti2 : Mari Memasak

I g0t msg from my deary Chef Siti, katanya m0ga cuti saya bemanfaat. Yup2, mmg bermanfaat pun, alhamdulillah. Shafa amik short sem,so cuti tak lama la,3 minggu je (lama jugak sebenarnya, tapi tak lama sgt berbanding kome yang cuti 5 bulan..hee.). Cuti2 ni selain mengisi masa dengan buku2 yang tercinta, shafa juga mengasah bakat memasak ye..and the new recipe yang shafa dah boleh masak sekarang is..Ikan Siakap swEEt s0ur..nyam2..


..Menyelerakan.. 


 .. delicious..

Macam mana ? Nampak sedap kan2 ?
Belum cuba try test lagi..hee..

Thanx to my umi c0z layan jer anaknya ni tyme masak..
Banyak betul tanya ..huu. maklumla,saya budak baru belajar :p

Tyme masak suka tanya umi...
Banyak mana nak letak umi?
Banyak ni ke? (sambil tunjuk kat umi)
Cukup ke umi? Tak banyak ke ni?
umi,ala..dah tersilap masuk..
..
...
...
dan banyak lagi soalnya..


Umi jawab..
letak je...
ikut suka la..
campak2 je bape banyak..sesedap rasa..
xpe..kita buat dye,bukan dye buat kita..
asal ada rasa..
...
..
statement terbaik umi ( k0jo sonang yo masak ni ha..)

Aduhai,umi ajar cam saya ni dah pro masak je kan..
tp,at last,ikut stail umi men 'campak2'..menjadi jer..huu..

Hmm,cuti lagi 2 minggu,banyak boleh belajar ni..
Silap2 boleh buka restoran terus..(berangan jer)

Ok,bagaimana pula cuti anda?
M0ga2 cuti anda juga bermanfaat ye.
take care sume.






Friday, April 22, 2011

♥ KLIBF 2011 : Part 1 ♥

   
Awal2 pagi dah semangat bersiap,nak pergi berpesta bersama Cik Mashitah Mustapha di PWTC..(cik didi nak ikut tapi pagi2 dapat mesej dari cik didi,sakit gigi katanya,xjadi nak ikut) Yup2,kami berpesta dgn buku2 yang sangat banyak. KLIBF 2011,here we come!!! hee.. Kami naik ktm pukul 8 pagi dari seremban (awal x? kome pun belum bangun ag kan),sampai dalam pukul 10 pagi,minum2 isi minyak dulu then baru jalan2.. :) Best2, hari ini kan  first day, so kami datang just nak survey2 je dulu..tgk2..cuci mata..(-_^) so kami tak beli banyak buku la,sbb...kami nak datang lagi!!! tak puas.. :) Actually,shafa ada snap2 byk juga gambar,(pakai hp jer) tapi ada masalah teknikal,jadi ada bape je..huhu.
0wh ye,sebelum itu ada beberapa pengajaran untuk hari ini ye.. 1st >> Pastikan dengan betul ke mana destinasi anda ye, bc0z,cik Mash beli tiket sampai kl central jer..Mash, lain kali jangan lupa..terus ke pwtc/putra ye.. ;P  2nd >> isi perut anda dari rumah,so xla susah nak cari tempat nak makan..(breakfast) :)


Curi2 ambil gambar adik2 ni..semangat mereka dengan JS :)




Saya dapat baucar!! RM 2 je..cabutan bertuah..
Anda cubalah,mana tau dapat blackberry ke kan.. :)




kami nak balik dah..kami happy..kami mahu datang lagi..


..DAN..
Inilah dua buah buku saya beli..dah baca separuh pun..best bukunya :)
Dua2  terbitan KarnaDya











Anda,bila mahu pergi.. ??? Rugi sangat2 tak pergi..Jom2!!
Masih ada waktu..sampai 1 May 2011 ye..
Jumpa anda di sana (-_^)















Wednesday, April 20, 2011

❤ Luar dari Biasa ❤




"Mukmin itu luarbiasa dengan IMAN"





Friday, March 18, 2011

♥♥♥ L0ve Fr0m Ky0t0, Osaka ♥♥♥


Dua minggu tak jumpa my kakak bunga tulip, tinggalkan habeebaty dye kat sini melancong ke Jepun. Educati0n Trip katanya. Bdw,last few days, i met her, my kakak bunga tulip. Waa..rindu sangat2! Sebelum pergi sana,mintak kakak bawa balik bunga sakura,tapi bunga sakura sudah layu..huhu. Ada gambar jer..ok la kan. Masa kat sana, kakak tulis nama saya kat atas salji..s0 sweet la my kakak ni.. terharu..(i'm crying). Paling best kakak bawa special present f0r me, 0le2 yang sangat2 c0mel. N0t 0nly for me, but also for my both sisters,sukari and muffy :D Terbaek la my kakak ni. Thanx a l0t kakak bunga Tulip,this p0st is special f0r you..



~ Yuki + sakura, twin plum sakura ~
 ~ ismuki jameelah ~


~ Buat pencinta ilmu n buku ~
p/s : ada gambar bunga sakura di situ..hee.

~ PINK!!! Phone keychain. ~
p/s : bunga sakura ag,gl0w in d dark tau.. :D


 b00kmark cantik
~ For my my dear sukari n mUffy ~



  ♥♥♥  ♥♥♥  ♥♥♥  ♥♥♥  ♥♥♥  ♥♥♥  ♥♥♥  ♥♥♥  ♥♥♥  ♥♥♥  ♥♥♥  ♥♥♥  ♥♥♥  ♥♥♥  ♥♥♥  ♥♥♥  ♥♥♥






Wednesday, March 16, 2011

♥ S.E.N.Y.U.M ♥


For past few days, somebody ask me this questi0n :
 "shafa can i ask sumthing?? nape lately ur blog gloomy ek??
Bdw,me myself pun xtau nape..that pers0n gitau,baru perasan..huhu,mintak maaf la ye kepada pembaca2 yang setia semua..n0 m0re gl00my m00my..mari kita senyUm menyum..ceria beria je ye..So...



Aduhai,bukan gini senyumnye..mcm ni la...


tErbaEk !!!

Jom senYum Ramai2..


Senyum tu sedekah
 

Senyum seindah suria
 
 

~ ♥ SMILE , it l00ks g00d 0n y0u ♥ 










Friday, March 11, 2011

♥ Tutur Luhur Buat Semua ♥

 



Berdoalah..
Jika merasakan diri terlalu lemah,
 PadaNya Pencipta yang Maha Mencintai HambaNya.

Bergantunglah hanya denganNya
Tidak pernah lokek dalam menghadiahkan kasih sayang dan
rahmat pada hamba yang setia.

Carilah Dia,Yang sentiasa ada 
 Menunggu hamba yang mahu padaNya.









Tuesday, March 1, 2011

♥ Tutur Luhur Buat Sukari dan Tulip ♥



~ La Tahzan ~

Daku tahu kau derita
Aku mengerti kau kecewa
Ku fahami kau sengsara

Namun apa yang ku mampu..
 Saat kau katakan semua itu..

Daku berdoa agar kau terus tabah
Aku berdoa moga kau terus gagah
Ku berdoa harap kau tidak terus mengalah

Maaf,daku hanya mampu mendengar,
Tidak mampu bersuara mahupun melontarkan kata,

Doaku tidak pernah putus agar,
Kau terus diberikan kekuatan jiwa.







Saturday, February 5, 2011

* Lebih Tabah *



..Tidak mengapa Wahai hati..

Biarpun daku terluka,
Masih punya Allah yang tidak akan pernah membiarkan daku..

Biarpun daku merana,
Masih ada Allah yang tidak pernah meninggalkan daku..

Biarpun daku sengsara,
Masih daku  harapkan Allah tidak akan membuang daku..

..Daku..hanya perlu untuk lebih tabah..

Kata kunci tepat dan padat ' Daku hamba Allah,dan DIA tidak akan mengecewakan daku! '










Monday, January 3, 2011

♥ Buat Hati..Renungkan.. ♥



~ Sedingin peringatan buat sang hati. ~


"Antara hamba-hambaKU yang mukmin, ada sebahagiannya yang melalaikan urusan agama kecuali diberikan kekayaan, kesenangan dan kesihatan tubuh badan. Maka Kami uji mereka dengan kekayaan, kesenangan dan kesihatan tubuh badan sehingga baiklah urusan agama mereka. Antara hamba-hambaKU yang mukmin juga, ada sebahagiannya yang melalaikan urusan agama kecuali diberikan kekurangan, kemiskinan, dan penyakit sehingga baiklah urusan agama mereka. AKU mengetahui dengan apa hambaKU akan menjadi baik dalam urusan agamanya."

[Hadith Qudsi]

p/s: FaNia Mt 301010