Terkadang Terlupa,
Hidup ini pinjaman dari DIA
Terasa sakit bila diuji
Kerna ada rasa memiliki
Terkadang Terlupa,
Perjuangan di sini hanya sementara
Sedarlah hati, bangkitlah jiwa
Sediakan bekalan menuju ke sana
Sediakan bekalan menuju ke sana
Terkadang Terlupa
Diri ini insan yang lemah
Kuatnya kita adalah kerna DIA
Dalam setiap langkah sentiasa bersama
Terkadang Terlupa
Doa itu bahagian terbesar
Kerana itu ia menjadi senjata
Untuk kita berhubung dengan DIA
Terkadang Terlupa
Terlalu banyak perkara
Sering lalai leka dan alpa
Kerna aku hanyalah hamba
Tolong ingatkan daku
...Wahai CINTA...
*081111*