Tuesday, November 8, 2011

Terkadang Terlupa


cc: pixca from acik's blog.

Terkadang Terlupa,
Hidup ini pinjaman dari DIA
Terasa sakit bila diuji  
Kerna ada rasa memiliki

Terkadang Terlupa,
Perjuangan di sini hanya sementara
Sedarlah hati, bangkitlah jiwa
Sediakan bekalan menuju ke sana

Terkadang Terlupa
Diri ini insan yang lemah
Kuatnya kita adalah kerna DIA
Dalam setiap langkah sentiasa bersama

Terkadang Terlupa
Doa itu bahagian terbesar
Kerana itu ia menjadi senjata
Untuk kita berhubung dengan DIA

Terkadang Terlupa
Terlalu banyak perkara
Sering lalai leka dan alpa
Kerna aku hanyalah hamba 

Tolong ingatkan daku 
...Wahai CINTA...

*081111*












2 comments:

Anonymous said...

(¯`*•.¸♥mudah-mudahan setiap ujian yg diberi lebih mndekatkn diri kpd-NYA♥¸.•*´¯)

Anonymous said...

blog yg bagus....truskan menulis....sy suka mmbacanya...harap2 blog ni x berhenti di sini sahaja