Wednesday, July 27, 2011

Jom sedia!


Tengah hari tadi turun K.L bersama bonda jenjalan mencari jubah2 untuk berniaga, ramai betul orang (biasalah,KL kan). Rata-rata mereka sibuk membeli kain ela, pakaian, kain langsir, untuk raya! Baiklah,hari raya semua sudah buat persediaan awal ye,( mungkin tak mahu sibuk-sibuk bulan puasa nanti, mahu fokus ibadah di bulan ramadhan,[husnuzon] ). Bagaimana pula untuk menghadapi bulan ramadhan yang mulia ini ?
Sambil mencari jubah2 tadi,sempat juga tangan ini mencapai buku-buku yang menarik untuk dibaca berkaitan dengan ramadhan (salah satu persediaan menghadapi ramadhan juga la kan). Beberapa hari sahaja lagi bulan yang penuh barakah ini akan menjelma,jadi cepat-cepat pergi beli buku-buku yang penuh manfaat ini..







~ Selamat berAkademi di madrasah Ramadhan, Sambutlah dengan jiwa penuh kehambaan ~








Tuesday, July 26, 2011

* K.E.M.B.A.L.I *

Sudah lama tak update bl0g. Bak kata seorang sahabat, 'shafa,dah bersawang blog shafa tu,bersihkan la ye'. Maaf kepada semua ( mcm la ramai sgt yg baca blog ni pun ). Tak mahu cerita panjang kenapa dan kenapa dan kenapa saya tak update blog. Apa yang penting, kerjasama...(hee,gurau jer),saya sudah kembali bersemangat untuk terus menulis terus bercerita dan terus berkongsi, insyaAllah. Thanx a lot kepada mereka yang memberi semangat dan motivasi. Saya memang ingin sekali kembali menulis walaupun diri ini tidak berbakat..huhu.
Pesan seorang kakak..
Akak yakin shafa selalu boleh. Jagakan bakat terpendam yang sedang lelap tu. Niat yang jernih akan melahirkan ilham.Tulislah dari hati, jatuhnya akan ke hati. Bermulalah dengan apa yang shafa gemari dan dekat di hati. Pendek dan mengesankan lebih elok dari panjang dan menjemukan. Stay f0cus, breath in and out. Write your kalimaat ya habeebaty! I believe in you.
M0tivasi daripada seorang sahabat..
Perkongsian hasil penulisanya,Menulis Bukan Kerna Nama. Boleh la baca bagi anda yang mahukan nasihat dan motivasi.
Dan daripada anda, jika ada sedikit perkongsian boleh tinggalkan c0mment, Just a little 0f advice and m0tivation. (^_^)