LONDON - Menara gading berprestij di dunia, Universiti Cambridge kelmarin mengumumkan untuk membenarkan para penuntut wanita beragama Islam memakai purdah pada majlis konvokesyen.Keputusan drastik melanggar peraturan sedia ada itu dibuat selepas pegawai-pegawai universiti tersebut mengadu ramai pelajar berpakaian kasual ketika upacara tahunan itu.Mengikut tradisi universiti itu yang ditubuhkan pada tahun 1209 oleh sekumpulan lepasan Univeristi Oxford, graduan dikehendaki memakai sut berwarna gelap dan kemeja putih serta gaun labuh.
Pihak pentadbiran universiti memberi amaran, kod pakaian itu akan diperketatkan dan pelajar ingkar akan ditegah daripada menghadiri majlis konvokesyen itu.Namun, pelajar lelaki Scotland sudah lama menentang peraturan pakaian itu sebaliknya gemar memakai kilt iaitu skirt paras lutut yang menjadi tradisi masyarakat Scotland.Kelonggaran itu mendapat bantahan pelajar asing lain dan akhirnya pihak universiti dijangka membenar pemakaian sari dan kimono, masing-masing untuk penuntut India dan Jepun.
Kelmarin, pentadbiran Cambridge memperluaskan kebenaran itu termasuk purdah yang bukan sahaja ketika konvokesyen, malah semasa menghadiri kelas tutorial dan syarahan umum.Penarikan larangan kod itu disambut baik ahli-ahli Persatuan Pelajar Islam Cambridge yang mempunyai 600 penuntut Islam dan pernah memohon kebenaran pemakaian purdah.
"Pakaian yang bercorak tuntutan keagamaan dan kebudayaan dibenarkan semasa majlis rasmi bahkan kami menghormati perkara itu," kata seorang jurucakap Cambridge . - Agensi
Sumber,Kosmo,2 NOV 09 .
2 comments:
quote dr boss kat workplace
'bangga ad pekerja dr berbagai agama..''
kadang2..org barat ni lagi 'Islam' dari
org Islam sendiri..wallahualam
yup2,totaaly agree..macam org jepun.. (^_^)
Post a Comment