Wednesday, November 18, 2009

~ treaSure huNt di ruMah (^_^)~


                                 Treasure Hunt carI bUku..=)

Sambil berehat-rehat di ruang tamu bersama umi dan ayah tersayang..saya menyatakan hasrat di hati..'
Umi,nak keluar esok..nak jalan2 dengan kawan..boleh ye..'
'Nak keluar ke mana je la kamu ni..' balas umi..
'Keluar dengan kawan..ala umi,xpela..dua bulan cuti duduk rumah bukan keluar pergi mana pun.. boleh ye umi..bagila duit belanja sekali' pintaku sambil tersengih-sengih..
Tiba2 umi beritahu buku yang saya minta umi belikan itu sebenarnya umi dah beli..tapi umi sorok kan dulu di suatu tempat,.Saya berfikir,'eh,umi dah keluar topik ni..hehe .Tapi bila dapat tahu je terus mintak kat umi buku tersebut..
'Mana umi buku tu ?..nak..nak..' pinta saya.
'Ada..carilah sendiri..ha,kalau dapat cari, baru umi bagi keluar esok..' balas umi sambil tergelak.
'Umi ni..malam2 ni la nak main treasure hunt pulak..'
Lepas itu saya pun terus bangun dari sofa untuk memulakan treasure hunt!!!..Layan jela umi ni..hehe.. Geledah sana geledah sini..bukak almari bukak laci..tak jumpa2..panjat atas..tinjau kat bawah..Huh,memang macam treasure hunt la..Ketika itu juga umi ketawa sakan melihat gelagat anaknya yang sorang ni..Mana taknya, mencari sampai ke dapur..kereta umi pun kena geledah.. Saya pun pelik juga,beriya-iya pula mencari..mula2 tadi nak cari biasa2 je..
15 MINUTES!! give up la..
'Umi..tak jumpa la..ala bagitau la kat mane..nak..' pinta saya merayu-rayu..
Umi hanya ketawa dan mengatakan tak boleh..=( Saya berkata dalam hati..'takpela..ala ,nanti umi bagi  juga buku tu..' Tiba2 terlintas pula di fikiran..para sahabat dan ulama2 tersohor terdahulu merantau sana sini..merentasi lautan..padang pasir..hanya ingin mendapatkan secebis ilmu..saya ??, baru cari dalam rumah..dah merungut.dan give up..dahla umi belikan.
Saya pun meneruskan misi yang pada awalnya hanya sekadar main2...saya terus menerus mengeledah rumahku syurgaku itu untuk mendapatkan 'harta yang sangat2 bernilai itu.Saya berfikir juga,memanglah nanti umi akan beri juga buku itu tapi mesti ada sebab kenapa umi buat treasure hunt ni..Kalau saya terus mencari, umi tahulah bahawasanya anaknya ini benar2 menghargai pemberian umi itu dan betul2 nak harta tersebut..lepas ini kalau minta umi belikan lagi,umi tahu anaknya memanfaatkan pemberiannya itu..andaian saya la..
Cari punya cari..lame juga la..AKHIRNYA!!
'Umi!!! I found it!! saya menjerit kegembiraan..
Satu rumah ketawa melihat gelagat saya dan terpancar senyuman ceria di wajah umi tersayang..Walau apapun saya berasa sangat puas hati..Entahla, mungkin pada orang lain,cerita ini biasa2 sahaja..tapi tidak bagi saya..Saya berasa amat gembira sekali!! Macam menang pertandingan treasure hunt pula.hehe..Umiku sayang,thanks a lot for this book..I realy2 apriciated it..LoVe umi!!
Lupa pula..the book title is.." WasIaT LuQmAn Al-HakIm"
Just brief a little bit about this book..written by Ahmad Hasan Bin Mohd Nazam..(http://jailurrashied.blogspot.com/) This book is very interesting..I had go trough a bit this book,a lot of precious knowledge we can get from it..!! It just RM 20.. published by Telaga Biru..Eh,buat promotion pula..hehe. Just wanna to share what i have..buy it and read it..and dont forget to tell others..( barbaloi-baloi)!!! .

Tuesday, November 17, 2009

~ sIApA naK dUdUk ISTANA ???~~




Saya percaya kebanyakan daripada kita mesti pernah@teringin duduk dan tinggal di istana bukan?? Takpun,sekurang2 nya nak duduk rumah banglo besar.. cantik.. ada taman.. kolam.. bestnye..!!!Tapi.. bukan semua orang dapat capai macam apa yang kita impikan..mungkin bagi sesetengah pihak impian itu hanyalah sekadar satu angan2..but believe me..like Air Asia motto.."now everybody can fly"..this is just the same..sesiapa sahaja boleh duduk di istana!! Jika anda mahu..=) tapi..macam mana???

Dari Muadz bin Anas,dari nabi Muhammad s.a.w. bersabda;
Barangsiapa membaca surah al'Ikhlas dari awal hingga akhirnya sebanyak sepuluh kali,niscaya ALLAH akan membangunkan untuknya sebuah istana di Syurga
                                       (hadis riwayat Imam Ahmad)     
Senang je kan..free2 jer dapat duduk istana..satu sen pun tak keluar duit..tak perlu pun nak kahwin ngan kerabat diraja..tak kira yang miskin mahupun yang kaya..semua dapat duduk istana!! Hmm,istana di dunia pun sudah cukup membuat kita kagum..apatah lagi istana di syurga.. Ape2 pun,sekadar ingin berkongsian ilmu..renung2kan dan selamat beramal..(^_^)


Friday, November 6, 2009

~ ReSaH ~


Jangan menunding resah
andai jiwa bersadur mazmumah
Jangan mengimpi ketenangan
andai eggan mengikis kejahilan
Jangan membuai rasa
andai tidak ingin hati terluka
dengan manisnya dunia; penipuan nan nyata.


Selamatlah diri
pimpinlah diri
meniti garis-garis islami
nan terukir rapi jalanan syari'e
menongkah gelojak nafsu
nan membuak ganas


Sulamlah jiwa dengan benang mahmudah
sehingga diri itu keasyikan
dalam dakapan KasihNYA,
yang lembut mulus
agar basah kegersangan ini,
dengan hadirnya makrifat Ilahi


Sucilah wahai hati
moga firasahnya berlandas ketaqwaan.
Moga terluput dosa noda silam,
moga jalan nan ditempuh
tiada bersalut kebatilan.

         Penulis : Qalam Neirsya.,( Antologi Puisi Wilayah Cinta)

       

Thursday, November 5, 2009

~ CamBridGe BenaR Graduan BerPurDah ~




LONDON - Menara gading berprestij di dunia, Universiti Cambridge kelmarin mengumumkan untuk membenarkan para penuntut wanita beragama Islam memakai purdah pada majlis konvokesyen.Keputusan drastik melanggar peraturan sedia ada itu dibuat selepas pegawai-pegawai universiti tersebut mengadu ramai pelajar berpakaian kasual ketika upacara tahunan itu.Mengikut tradisi universiti itu yang ditubuhkan pada tahun 1209 oleh sekumpulan lepasan Univeristi Oxford, graduan dikehendaki memakai sut berwarna gelap dan kemeja putih serta gaun labuh.

Pihak pentadbiran universiti memberi amaran, kod pakaian itu akan diperketatkan dan pelajar ingkar akan ditegah daripada menghadiri majlis konvokesyen itu.Namun, pelajar lelaki Scotland sudah lama menentang peraturan pakaian itu sebaliknya gemar memakai kilt iaitu skirt paras lutut yang menjadi tradisi masyarakat Scotland.Kelonggaran itu mendapat bantahan pelajar asing lain dan akhirnya pihak universiti dijangka membenar pemakaian sari dan kimono, masing-masing untuk penuntut India dan Jepun.

Kelmarin, pentadbiran Cambridge memperluaskan kebenaran itu termasuk purdah yang bukan sahaja ketika konvokesyen, malah semasa menghadiri kelas tutorial dan syarahan umum.Penarikan larangan kod itu disambut baik ahli-ahli Persatuan Pelajar Islam Cambridge yang mempunyai 600 penuntut Islam dan pernah memohon kebenaran pemakaian purdah.

"Pakaian yang bercorak tuntutan keagamaan dan kebudayaan dibenarkan semasa majlis rasmi bahkan kami menghormati perkara itu," kata seorang jurucakap Cambridge . - Agensi
 Sumber,Kosmo,2 NOV 09 .