Thursday, July 23, 2009

Terima Kasih Adikku..~(^_^)~

Sambil berjalan menuju ke ruang tamu..di benak fikiran ini masih teragak-agak..nak ke tak nak..nak ke tak..hmm..takpela..buat je la dulu..

"adik..tolong akak buatkan blog.. ,"pintaku pada adik tersayang yang sedang sibuk dengan myspace nya...

"okay..jap..," adik membalas.

Tersenyum lebar diri ini..tak sabar pula rasanya nak ada blog..adik pun membuka laman blogspot..

"nak letak nama apa ?" tanya adik.."em..letak cahayapenawarku..sedap tak..he2..?"

"boleh je..," balas adik ringkas."okay,dah siap.."

"macam tu je ke..?"tanyaku.."yela..pastu 'edit' la sendiri.."

"hmm..tolongla buatkan sampai habis terus..,"pintaku.."ha,adik..background tu akak nak warna pink tau..,"

Setelah lebih kurang setengah jam,maka siaplah blog yang dinanti-nantikan..Alhamdulillah..Terima kasih adikku..

Tiba-tiba, diri ini terfikir..betul ke ada blog sendiri ni..macam tak percaya je...Teringat suatu ketika dulu.. assof...(sambil tersenyum seorang diri..=) ex s/u assof..akmal hakim..membuat 'kempen' untuk setiap ahli assof mempunyai laman blog masing2..kempen itu agak mendapat sambutan tetapi tidak pada diri ini..

"shafa,macam mane blog ..? " banyak kali hakim bertanya pada diri ini..

"emm...dalam proses.." jawapan yang sama juga diberikan pada sahabat2 assof yang lain..sekadar untuk sedapkan hati mereka..tetapi pada hakikatnya diri ini lansung tidak berminat untuk mempunyai blog..entah tidak tahu kenapa..tetapi jauh di sudut hati agak segan dengan sahabat2 assof yang lain..ramai yang sudah ada blog sendiri..tetapi disebabkan perasaan tidak minat itu lagi tinggi peratusnya,rasa segan dibuang jauh2..

"Shafa kan s/u assof..lagi la kena ada blog sendiri..hajar,husna,hidayat..dan sahabat2 lain..semua dah ada blog.. Shafa bila lagi..," teringat pertanyaan hakim pada diri ini.

"Entahlah hakim..ana tak berminat la nak tulis2 ni..membaca ana minat la..kalau baca blog orang lain pun ana minat.. tapi,kalau nak ana buat blog..maafla ye.." balas diri ini.

Banyak nasihat dan kata2 hakim berikan..tetapi masih tidak berjaya untuk membuatkan diri ini untuk mempunyai laman blog sendiri.. Lama-kelamaan isu blog tidak lagi diperkatakan oleh sahabat2..lega rasanya diri ini..tetapi hakim masih lagi bertanya dan terus bertanya..dan jawapan muktamad yang diberikan...

"Hakim,ana takkan ada blog ana sendiri ok..muktamad..,"

Sekarang..lain pula jadinya..tiba2 sahaja diri ini terbuka hati untuk mempunyai blog sendiri.Terasa ingin berkongsi banyak perkara dengan semua orang.'Point' ini juga yang hakim pernah katakan dulu..

"Shafa, kita buat blog bukan nak tulis gempak2 pun,tapi untuk berkongsi apa yang kita ada,apa yang kita dapat..itu je pun dah cukup," Kata-kata hakim yang masih tersemat di dalam kotak fikiran diri ini.

InsyaALLAH..diri ini ingin dan akan berkongsi segala pengalaman dan pendapat dengan semua orang. Mudah-mudahan boleh dijadikan teladan.ikhtibar..dan mungkin boleh dijadikan inspirasi.Lepas ini hakim dah tak perlu tanya banyak kali bila shafa nak buat blog la kan..mungkin soalan lain pula yang ditanya..

"Shafa,bila nak update blog ni..?"

Terima kasih sekali lagi kepada adik tersayang,nurul amirah yang banyak membantu kakak mu ini..terima kasih juga kepada umi dan ayah..kerana kalian telah berikan nama yang sangat indah kepada anakmu pada tanggal 28 mei 1990 dan kini, telah daku jadikan sebagai nama untuk blogku..~(^_^)~ dan kepada semua..ahlan wa sahlan dan selamat datang ke laman cahayapenawarku..semoga menjadi cahaya yang menerangi dan penawar kepada semua..~(^_^)~

5 comments:

fieqa said...

salam ziarah shafa.
welcome to blogging world!

=)

Anonymous said...

salam dear ^_~

pinky vs greeny huh??
anyway,
erti bercakap pada yang mendengar
erti menulis pada yang membaca

fiamanillah~

Sara said...

salam ziarah dari ana..
hehe,
fifah nye blog warne hijau,syafa pula pink..

ana.hmm,hehe,hijau+ pink,haha
nwy,teruskan berpena!

Anonymous said...

sara!!!jealous lah tu,huhu^^

bila pena mula menulis,tinta yang bisu akan mula berkata-kata

^_~

::take care sume::

shaiefa said...

thanx my dear acik,sara n fieqa..huhu.
baru nak reply deh .. (^_^)