Tuesday, June 29, 2010

~ It's cust0mer rights !!! ~



Semalam saya bersama my dearest adik pergi la satu pasaraya yang menjadi salah satu pilihan orang ramai apabila nak bershopping @ beli barang2 keperluan. Tersebutlah al -kisah, lepas sejam berada di sana dan tiba di kauter bayaran,berlakulah perbualan ringkas ini..
Ada seorang cust0mer berdiri sebelah saya di kauter yang sama, Seperti sedang menunggu sesuatu , jika di lihat daripada gayanya. Tiba2 datang la sorang staf ni.
staf : maaf kak,harga sosej cheese ni rm 4.89 bukan RM 4.39
customer : oh, yeke. tadi anak saya tengok RM 4.39..( sambil memandang ke arah anaknya, n anaknya pun angguk ngan laju..hihi )
staf : tak,yang RM 4.39 tu sosej honey, cheese RM 4.89.
cust0mer : kalau macam tu tak apa la, saya tak nak.
Then cust0mer tu pun pergi dari situ. Apa yang menariknya ?? belum habis lagi..lepas si cust0mer tu pergi,berlaku pula perbualan ini..
staf 1: hmm,beli je la kan..
staf 2: a'ah,beli je la,nak makan pun.
staf 1 : ntah,bukan beza sangat pun, berapa SEN je.
staf 2 : biasa la,orang macam2..
Ok,maka selesai sudah perbualan itu. Apa yang menariknya ??? first part antara staf n cust0mer tu ok lagi, biasa jela berlaku kan. Tapi part 2 antara staf 1 and staf 2 tu buat saya terfikir. Kenapa pula staf tu nak komen macam tu pasal customer tu ? Mungkin rasa penat kot sebab dah penat2 dan agak jauh juga nak check harga yang hanya bezanya hanya berapa SEN, last2 customer tu cakap 'tak apa la,saya tak nak '.
Apa pun mereka tak patut la cakap macam tu, it's customer rights!. Tak kisah la customer nak nak beli ke tak nak even beza hanya 1 SEN. Tak perlu la nak komen sampai macam tu sekali .(saya pula lebih.hihi.). Saya sedikit tidak berpuas hati apabila staf tu cakap 'bukan beza sangat pun, berapa SEN je'. Memang la berapa SEN je, dalam 50 SEN bezanya, Kita kena la hormati keputusan customer tu, Mungkin bagi staf tu 50 SEN tu tak ada apa pun, tapi bagi customer tu ? it's something..

 Kepada staf2 sekalian.mari sini, saya nak bagitau apa yang boleh dibuat dengan 50 SEN tu..  
  • dengan duit 50 SEN, si customer tu boleh dapat dua biji telur tau. makan sekali ngan s0sej,sedap sangat2!! .
  • dengan duit 50 SEN, si customer tu boleh di sedekahkan kepada orang yang kurang upaya kat luar tu. Yela,lepas bayar barang ada baki duit 50 sen, Keluar je,masuk dalam bekas orang minta sedekah tu. Dapat juga customer tu pahala kan :) 
  • dengan duit 50 SEN, si customer tu boleh beli air bungkus yang jual kat luar tu,boleh hilangkan dahaga. Yela,penat2 sh0pping..
  • dengan duit 50 SEN, si customer tu boleh bagi anak dia.Anak dia boleh simpan,buat basuh baju (guna machine macam kat uia ni..hee ~ ) Tak perlu nak cari2,nak tukar duit kat kedai dah nak basuh guna machine nanti..(erk,macam selalu buat jer.. :P)
  •  dengan duit 50 SEN, si customer tu bolah buat n beli macam2 tau. tak pun,simpan je,nanti bila beli barang yang SEN2 ni,senang la..kan casher selalu tanya 'ada duit kecik tak kak ?'..

Ini hanya sedikit luahan hati.Saya pula yang lebih2 nak komen. Pada fikiran saya,kalau customer tu dengar pun,mesti dia rasa macam saya juga.Silap2,staf yang komen2 tu kena 'serang' kat situ juga. (gurau jer ). Apa pun,sepatutnya, semua staf2 tak kisah la bahagian mana pun, casher ke, selling ke, advertising ke..semua kena belajar at least basic things pasal customer rights.Kalau mereka tak belajar pun, they should know, as a MUSLIMS, they should not do that, commenting people. Just imagine how that 'kak' feel ? how insulted she will be if she hears what they say?. Prophet Muhammad s.a.w once taught never to insult anyone.( i couldn't find the dalil @hadis,but it is islamic teachings >> this also a reminder for myself too )
Eh,tak habis lagi kisah saya ni, lepas shopping, then balik rumah. Memang menjadi kebiasaan saya, kalau beli barang, balik rumah cek balik satu2 dengan resit. TIBA2 !! Ada satu barang ni saya beli, mereka display RM 10, kat resit ni RM 18.99.. beza RM 8.99 !! boleh buat macam2 ni. Masa awal2, saya fikir customer tu salah tengok kot, ntah2 memang betul harga barang tu tak. Saya pun terkena ni,saya sangat yakin saya tengok banyak kali harga yang mereka display. Tak b0leh jadi ni,saya nak pergi balik ke sana, nak tuntut. According to The Control of Misleading Advertisements Regulations, the shop has to sell at the display price!  (source : http://www.consumerrightsexpert.co.uk/ )





    Friday, June 25, 2010

    ~ bumi waQafan tercinta ~

    Alhamdulillah,akhirnya sampai jua di bumi waqafan tercinta yg sgt2 dirindui. Lama dah tak ziarah,terubat jua rindu di hati pada bumi yang penuh tarbiyah ini. 0k, dipendekkan cerita, kami [azimah, shikin, alin, mashitah, wan n me] sama2 pergi ziarah kisas menaiki public transp0rt,ktm@coach wanita :) pada hari isnin yang lalu..



    • Hiasan air pancut di depan pejabat..cantik..tp tak ada air pun.
    • Pintu depan pejabat..pergi pejabat dulu,sebab diorang tak ambil lagi sijil spm.
    • Ruangan menunggu di dalam pejabat.
    • Bergambar dulu sambil2 tunggu nak jumpa pengetua.
    • Inilah dia pengetua KISAS yang baru..Ust Abdullah.
    • Laluan ni..tak tau nak panggil apa..ada juga la kenangan kat sini..waktu paling meriah kat laluan ni bila sesi fotografi majalah RESTU n pesta durian!!!
    • Ini dewan kuliyah..wah..sudah cantik..dulu kayu je..sekarang..'mengalahkan universiti, maktab pun tak macam ni' kata seorang sahabat ni.. :)
    •  Itu kantin !! kat situ la selalu dok beli f00d sebelum n selepas prep.. :) baks0 n r0ti c0klat bulat..sedap!!



    •  Itu makmal sains kami belaja dulu.
    • Itu court kat tgh2 antara blok..?? Saje amik..selalu br0thers je main kat situ.
    • Itu wan!! sebenarnya nak tunjuk bangku tu..dah ada kat laluan jambatan antara blok kelas tu..siap ada bumbung lagi sekarang.
    • Papan itu tulis 0MAr n0 1 !!!  g0 0mar !!
    • Sangkar burung..hehe. baru tau nama tempat tu, 'hentian harm0ni'. Dulu br0thers je yang selalu duk kat situ..
    • Taman kat sebelah kantin tu..taman kelip-kelip kami panggil sebab dulu ada lampu..sekarang..tak ada dah.
    • Paling best 5/11..my l0vely class!!


    •  Papan tanda kata2 BM n BA..cantik..sekarang dah dipenuhi di merata tempat.
    •  Bilik guru..dah tukar tempat..kat bawah.
    • Rumah 0MAR!!!
    • Cantik mural tu.. :)
    • I LUV ISLAM pun ada kat KISAS.
    • Badan Dakwah Dan Rohani..sangat banyak kenangan.
    • 0MAR lagi...
    •  Itu..tak tau nak panggil apa..tapi antara yang baru di kisas la.


    • Selamat Datang ke Asrama Puteri.
    • Wah..cantiknye..warna-warni asrama..warna pink tu bl0k F..warna kuning tu bl0k E.
    • Court kat tengah2 antara bl0k E n F..petang2 selalu main kat situ.. :)


    •  Gazeb0..petang2 kal0 xmain duk je kat situ..hirup udara segar.
    • Buaian !!! dulu berebut sume nak main..yela,ada satu je..selalu main ngan anak ustazah sumaiyah kat buaian tu.
    • Dewan makan..dulu jarang gi situ,tak suka makan nasi..dulu la.
    • My fav place..mus0lla..paling rindu kat tempat ni..alhamdulillah..masih berpeluang s0lat di rumah Allah yang semakin cantik dan ceria.


    • Taman yang sangat indah..kat depan pejabat.
    • Dewan besar..baru tau nama dewan ni..selama ni tak perasan pula. :P
    • Pejabat..amik dari jejantas.
    • Itu jejantas..naik masa nak balik kampung n keluar 0uting je. Br0thers,hari2 kena guna jejantas tu.
    • Last snap bef0re pulang,sambil tunggu teksi. Tiba2 ada kereta berhenti, ust syeikh rupanya. Ust hantar kami ke ktm, terima kasih ust :)




    •  Cikgu Maria..ajar add math..sangat best!!
    • Cikgu Saiful..ajar math..+ suka bercerita dalam kelas dulu.
    • Sir Zanri..sangat sp0rting..in 0ur RESTU team bef0re.. :)
    • Ustazah Aziah tersayang..ajar arab @ guru kelas 5/11.
    • Sebenarnya,jumpa ramai je cikgu2, tapi ni je yang sempat tangkap gambar bersama kami.



    • Kami nak balik dah..bergambar dulu..entah bila la nak datang lagi.
    • Kat KTM,sabar jela bila pegawai KTM buat announcement ' harap maaf,tren ke kl-sentul telah lewat dari jadual asal selama 50 minit!!.' hmm..
    • Sebelum kami meneruskan ke perjalanan ke destinasi masing2,makan dulu. :)

















    Wednesday, June 9, 2010

    ~ Bahasa KebesaranMU ~



    Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan .Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. ( Ar’Rad 13:3 )

    Terasa sungguh segar pagi ini tatkala menikmati nikmat dari yang yang Maha Esa. Mengurniakan daku satu hari lagi, untuk terus beribadah dan berjalan di atas bumiNYA yang luas ini.  Kicauan burung di luar jendela bagaikan jam l0ceng, memanggil-mangil, dan menyeru 'bangunlah wahai sekalian manusia, tunaikanlah tangunngjawabmu sebagai khalifahNYA'
    Jendela bilik dikuak bagi merasakan sedikit udara segar dan menikmati permandangan pagi hari  di bumi uia ini takala mentari belum lagi menyinar. Ya Allah,hebat sunnguh ciptaan MU,angin yang begitu halus tidak mampu dilihat dengan mata kasar mampu memberi tamparan yang penuh dengan kesegaran. inilah bahasa kebesaranMU.

    Bangunlah.. Lihatlah.. Renungilah.. Bahasa Kebesaran Tuhan MU.